Search
Search
Review Hotel | Teratak Sofea

Review Hotel | Teratak Sofea

Assalamualaikum. Selamat pagi semua.

First time menulis di sini. Mohon maaf kalau ada yang salah atau kurang berkenan.

TERATAK SOFEA Teluk Panglima Garang, Kuala Langat
Tarikh: 3/1-4/1/2022Harga: RM450(weekdays. Kalau weekends RM600).

Harga booking direct dengan owner.

Bilik: Masam-masam Manis. Boleh memuatkan maksimum 10 orang. Kami duduk 12 org. Extra person tu kami dah mintak izin dengan owner.

Proses check in/check out: ⭐⭐⭐⭐⭐ dihandle oleh my sisterinlaw. Tp mmg mudah la proses dia.
Deposit cash RM100

Kebersihan: ⭐⭐⭐⭐⭐ini yang paling penting bagi saya. Kalau kotor memang sy akan bising la🤭

Breakfast tiada. Semua kami masak sendiri. Dapur memang ada,hampir lengkap la untuk masak yang simple2. Kalau nk bakar roti memang takde la🤣 Bbq pun boleh. Cuma kena bawak arang sendiri la. Tapi kami tak buat pun bbq.

Untuk rumah ni, ada 2 bilik. Saiz bilik agak kecil. Setiap bilik ada 1 katil queen. Kami tambah 2 extra tilam (RM15 untuk setiap set tilam,bantal & selimut). Yg paling penting, kenapa kami stay sini, adalah swimming pool dia. ⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐ (Haha punya suka eh)Private ye. Besaq gila. Memang puas la makpak, anak2 berendam🤭 nanti tengok gambar.

Teratak Sofea ni ada 3 rumah je. Another 2 houses lagi besaq. Boleh muatkan tak silap saya 20 person. Cuma nak duduk sini kena booking berbulan awal la kalau nak ambil weekend or public holiday. Kalau weekdays,insyaallah ada kosong. Kami booking ni tahun lepas🤣 banyak drama. Pkp la banjir la. Alhamdulillah akhirnya sampai jugak rezeki kami nak stay sini pada 3/1. 🤲🏼Itu saja kot untuk kali ini.

Terima kasih kerana membaca. Terima kasih jugak untuk other members yang share review. Saya memang suka tidur hotel. So duduk dalam group ni memang best la😆👍👍👍

Penulis: Cik Intan
Sumber: Group Hotel Review Malaysia

CutiMana