Search
Search
Review Hotel | Movenpick Hotel

Review Hotel | Movenpick Hotel

Hotel: MOVENPICK SEPANG 5 STARS Hotel

Room: SUPERIOR ROOM KING

Price: RM409 /malam (include breakfast)

Booking date: 12-13/1/2022

Deposit: Tiada deposit

Facility : 5/5

Masa kami pergi dapat PROMO FREE CHOCOLATE HOUR (3pm – 4pm) di Lounge Hotel. Di lounge hotel juga ada Western food dan Coffee. (Boleh tonton youtube video saya untuk tengok Free Coklat yang disediakan)

Swimming pool dewasa 1.2 meter ada dua bahagian untuk family dan ada khas wanita dan kanak2 sahaja ada juga mini playground di swimming pool wanita dan kanak2. Suasana pool memang luas dan cantik.

Gym ada disediakan tapi saya tak pergi. Minimart untuk kelengkapan travel juga ada di bahagian bawah.

Terdapat spa di ground floor hotel (saya tak cuba)

Juga terdapat Restoran Temasya boleh order untuk in room dining.

Bersebelahan dengan hotel ada Movenpick Convention Center dan ada Kaunter Tabung Haji, juga ada banyak tempat yang lawa untuk OOTD.

Bilik agak luas dan bilik air pun luas siap ada bath tub.

Lokasi : 5/5

Berhampiran dengan KLIA dan dekat dengan highway. 7 minit je ke Mitsui Outlet.

Boleh tengok banyak kapal terbang lalu lalang di atas awan dari tingkap bilik.

Breakfast: 5/5

Breakfast buffet di Restoran Temasya. suasana restoran yang baik dan menenangkan. Makanan juga sedap dan banyak pilihan.

View from room: 5/5

View bilik yang kami dapat menghadap jalan utama, dan boleh selalu nampak kapal terbang melintas di awan.

Staff: 5/5

Check in sangat mudah, staff sangat2 membantu. Staff yang baik dan sentiasa menyapa kita. Siap bantu angkat luggage sampai ke kereta.

Density: 5/5

Hotel time kami pergi memang tak ramai orang mungkin sebab weekdays dan suasana hotel luas macam mall.

Parking: 5/5

Parking sangat banyak dan bersebelahan saja dengan hotel. Parking terbuka.

Overall Hotel ini saya beri 5/5 sebab memang terasa selesa dan luas.

Untuk tengok Video saya FULL review hotel ini di Youtube boleh klik link ini

Terima Kasih kerana sudi subscribe channel Youtube saya

Penulis: Jeff Rey
Sumber: Group Hotel Review Malaysia

CutiMana