Search
Search
Review Hotel | Puteri Qashrina Chalet

Review Hotel | Puteri Qashrina Chalet

PUTERI QASHRINA CHALET Pantai Puteri, Tanjung Kling Melaka

‘Percutian ala-ala Kampung gitu😊

Full review Video dekat sini : https://youtu.be/qdyM5aQ_ZFc

Jenis Chalet – Rumah Kayu Beranda

Date check in: 28-29 November 2021

Harga – RM280 semalam (Tanpa Breakfast)

*Ni aku book direct Website diorang dekat http://pantaiputeri.com lepas tu kena wasap untuk confirm tarikh bila yang available.
Contact no : 017-3061116

💵Deposit RM50

👨 Staf ok, Peramah, tanya apa pon diorang boleh jawab tak ada hal

🏙 Bilik kaunter pendaftaran kecik comey jer tapi ada mcm2 jajan dalam tu. Dah macam mini mart dh😬

🪟 Jenis Chalet : Rumah Kayu Beranda
Chalet dia ada balkoni kat depan plus lampu dan kipas lagi tu😊 Paling best depan bilik ada pool. Senang anak2 nak mandi. Bilik dia ok luas jugak. Ada katil queen dan sofa besar kat tepi katil. Dah macam sofa bed dah aku tengok siap boleh tidur dekat situ hihi..

🧺 Kat sini tak ada almari yer. Diorang just penyangkut kat tepi katil plus telekung & sejadah untuk kemudahan solat.

🚽 Tandas dia agak bahaya kome sebab kena turun tangga ke bawah. So berjaga2 la yer. Toilet bowl dia pakai bidet spray biasa. Tiada toiletries disediakan. Hanya sabun mandi dalam bekas jer yang lekat dalam bilik air.

🍲 Masa aku pegi hari tu Cafe dekat situ tutup pulak. So tak dapat nak merasa makanan kat situ. Beli food panda jer la dengan makan kat tepi pantai..hihi😅

⛲️ Pool dia ada 3 beb, 2 dekat Qashrina Chalet (bukak 7pg-7mlm) & 1 lg dekat Qashrina Cruise (7pg-10mlm). Saiz pool sederhana, ada side kanak2 dan ada dinasour kt situ🦣

🏝 Chalet ni memang mengadap Pantai Puteri. Jalan kaki 2 3 minit dah sampai. Dekat pantai tu meriah bermacam2 kedai makan ada kt situ. Tak kurang jugak aktiviti pantai macam main layang2, main buih dan lain2 lg.

Kemudahan lain : Depan chalet dekat tempat parking ada disediakan surau yang cantik dan besar plus dengan tandas dekat situ. Lepas tu sebelah surau ada mini mart senang nak beli maggi buat stok makan tengah malam hihi..😄

✅ Overall Chalet ni ok sebab pool depan bilik dan dekat dengan pantai. Staf ok not bad. Cuma bilik la bau rokok sikit masa aku datang hari tu.

🚙 Parking FREE jer kome

Kena check website/FB diorg utk info terkini.
Semoga bermanfaat yer kome👍🏻😉

Penulis: Naim Huzairi
Sumber: Group Hotel Review Malaysia

CutiMana