The Ames Hotel Melaka
Tarikh menginap : 17-18 Feb 2023
Tempahan : Website https://www.ames-hotel.com
Jenis Bilik : Executive Room
Bila bercuti dalam Melaka ni biasa nya akan pilih hotel yang dekat dengan bandar, tapi kali ni saja pilih lokasi hotel yang jauh dari bandar tapi dekat dengan tempat menarik Melaka seperti Zoo Melaka, Taman Buaya serta yang terbaru tempat tarikan Di Melaka ialah Taman Mini Malaysia dan Dataran Sejarah Ayer Keroh.
Check in :
Smooth dan cepat. Tak perlu tunggu lama terus dapat kad bilik. Staff mesra dan sangat membantu.
Bilik :
Suasana bilik yang tenang dan sunyi. Jauh dari bingit hiruk pikuk bandaraya. Sesuai beristirehat setelah penat bekerja.
Tilam saiz King empuk memang besar dan selesa. Karpet pun lembut.
Ada sudut office untuk settlekan sedikit saki baki kerja. Perabot moden dan minimalist.
Ada mini bar, tea/coffee making facilities, peti keselamatan, seterika dan the best part cermin yang besar. Banyak tempat ada cermin
Bilik Air :
Ada toiletries disediakan. Bathtub yang ada cermin transparent tapi boleh tutup dengan tirai. Bathrobes & selipar serta hair dryer pun ada. Overall keadaan toilet memang bersih
Buffet Dinner (BBQ Seafood International)
Kami pilih untuk Dinner di hotel sahaja (The Munch). Boleh refer gambar. Worth it sebab boleh makan dengan tenang dan pilihan makanan pun banyak. Lasagna tu anak tambah makan sampai 3 Kali . Memang sedap.
Setiap Jumaat & Sabtu ada buffet dinner dan harga untuk dewasa RM100 serta RM60 untuk kanak2 / wargaemas.
Lepas makan boleh balik bilik rileks tengok tv sambil tengok kat cermin anak mandi kat bathtub.
Breakfast :
Ada nasi lemak, nasi goreng, mee goreng, ayam rendang dan macam2 lagi la. (refer gambar)
Sedap semuanya. Puas hati sebab ada menu yang sesuai untuk budak2 makan juga. Memang kenyang sampai ke waktu check out tu.
Swimming Pool
Biasa saja. Tak ada air pancut atau gelongsor untuk kanak2. Tapi masih selesa & enjoy sebab ada level yang sesuai untuk budak 2 tahun dan level untuk orang dewasa. Tuala disediakan kat sini tak perlu bawa tuala dari bilik. Kolam bersih dan terjaga.
Sepanjang berada disini staff semua mesra dan sentiasa menghulurkan bantuan. Terasa dialu2 kan kedatangan kami di hotel mereka
Bagi saya Ames Hotel adalah salah satu hotel di Melaka yang menjadi pilihan pelancong kerana lokasi nya bukan dikawasan trafik sesak dan persekitaran yang tenang disamping dekat dengan tempat-tempat tarikan di Melaka.
Rating dari saya untuk Ames Hotel adalah 9.5/10.
Insyallah saya akan ke Ames Hotel semula untuk mencuba room type yang lain seperti Merchant Suite (lebih cantik dan exclusive).
Kredit : Cik Phiey