Search
Search
Review Hotel | Rania Beach Resort

Review Hotel | Rania Beach Resort

Review Nov 2021
Rania Beach Resort, Teluk Senangin
2D1N

Sebuah resort di Teluk Senangin Perak yang berkonsepkan Villa. Mempunyai 20 Bilik yang mampu memuatkan 4-5 orang dalam satu bilik (1 katil queen & 1 katil double decker).


Video ringkas: https://youtu.be/E0dhHY12jlo

Resort ini antara pilihan tercantik di antara banyak-banyak resort di sekitar kawasan.

Mempunyai swimming pool yang selesa untuk kanak-kanak & dewasa. Boleh mandi puas-puas sehingga jam 9 malam.

Kawasan BBQ & Arang juga turut disediakan tetapi ada bayaran asing. Datang bawa bahan masakan BBQ sahaja, tak perlu pening-pening.

Kawasan yang luas & selesa. Cuma, “water pump” agak kuat bunyinya & boleh mengangu waktu tidur malam anda… hahaha


“walking distance” dengan pesisir pantai teluk senangin. Antara aktiviti boleh dilakukan ialah Mandi Laut, Kutip remis, memancing, sukan air & lain-lain.

P/s: ~kedai makan banyak tak buka pada hari “weekdays”, elok beli makanan malam & breakfast siap-siap jika malas hendak keluar dari kawasan ini.

Pekan terdekat 20-25 min perjalanan. Kalau “weekend” jangan risau, banyak kedai buka di kawasan sekitar.


Overall: 3 star
Booking via whatsapp: www.wasap.my/60183679851/omp_raniaresort RM188/night without any breakfast option.

Penulis: KalaMalam Epi Tertido
Sumber: Group Hotel Review Malaysia

CutiMana