Search
Search
Review Hotel | Hotel Marriot Mulu

Review Hotel | Hotel Marriot Mulu

Hotel : Marriott Mulu

Pakej : Stay & Dine (termasuk breakfast dan dinner)

Date : Middle of 2022

Harga : RM1500++ macam tu untuk tiga orang

Jenis bilik : Basic but request to upgrade

Booking melalui : Marriott Bonvoy

Marriott Mulu ni sangat unik sebab dia adalah satu hotel yang dikira mewah di dalam hutan belantara Borneo. Ianya terletak dekat dengan Taman Negara Mulu yang terkenal dengan gua-gua yang cantik. Disebabkan lokasi yang didalam hutan hujan ni, ianya agak menarik untuk dicuba. Untuk ke sini, kena naik flight MASwing samada dari Kuching, Miri atau Kota Kinabalu.

Check in :

Sampai jer di Mulu Airport, pihak Marriott akan pick up kita menggunakan shuttle (seperti lori). So just beritahu in advance dengan mereka kita punya flight details. Pihak hotel selalunya akan aware flight schedule sebab berapa ketul je flight setiap hari kan. Check in berjalan dengan lancar. Kami diberi free upgrade kepada Suite dan ini sangat meningkatkan keterujaan kami. Front Desk Manager, yang senang dipanggil JJ sangat mesra dan kami sangat berpuas hati dengan layanan yang diberi. JJ juga ada memberikan cadangan dengan tour kami. Kami book tour direct dengan Mulu National Park untuk keesokan hari, namun JJ memberi cadangan, lebih baik dilakukan activity petang sejurus selepas check in. Jadi Mulu Park pun dihubungi dan kami pun terus bersiap untuk tour.

Bilik :

Disebabkan kami bertiga, harus ada satu rollaway bed. Masuk masuk sahaja, kami terpana kerana Suite ni punya ruang tamu sangat luas. Ada meja untuk makan2 juga. Kami diberi tidbits dan buah-buahan sebagai tanda terima kasih sebagai ahli Marriot Bonvoy. Ruang tidur juga sangat selesa. Untuk bilik suite ini hanya ada king size bed. Tilamnya sangat empuk. Untuk rollaway bed juga sama. Bilik air pula luas dengan shower dan bathtub berasingan mengadap Sungai Melinau. Terdapat juga balcony yang luas yang mana kita boleh menikmati permandangan sungai serta menikmati kehijauan alam.

Terdapat dua TV di ruang tamu dan di bilik tidur. Cerek, peti sejuk, iron dan amenities lain juga ada disediakan.

Facilities :

Pool hotel ni just nice. Jika tak dapat nak mandi di Sungai Melinau boleh la mandi di pool ini. Hotel ni dikelilingi oleh sungai jadi anda boleh jalan2 disekitar hotel. Terdapat juga laluan kecil jika anda nak merasa air sungai. Tak pasti samada ada orang berani mandi disini! Masa kami disana, hujan jadi air naik dan laju.

Terdapat satu jeti kecil kerana Marriott Mulu juga ada menyediakan kemudahan tour ke gua-gua secara private.

Anda juga boleh mencuba spa dan gym.

Breakfast & dinner :

Breakfast dan dinner disajikan di xx. Breakfastnya saya kategori kan sebagai average. Coffee dan tea boleh dipesan. Omelette nya juga sedap. Jika anda tidak mengambil pakej buffet dinner, boleh juga memesan ala carte. Range harga nya juga tidak terlalu mahal.

Selain itu ada juga mini bar yg buka sehingga jam 11pm.

Check out

Overall kami sangat berpuas hati dengan layanan mesra pihak Marriott Mulu. Kami mungkin akan ke sana lagi kerana suka kan dengan hutan Mulu National Park yang diselenggarakan dengan sangat baik. Our stay sangat memorable! Sangat recommended!

**

Saya tanya JJ kenapa di sini tiada seekor pun monyet berkeliaran. Sbb kalau di Ritz Carlton Langkawi pun monyet boleh sergah u di balcony. Juga di Mutiara Taman Negara Pahang kawan saya monyet masuk bilik kot ambil nescafe! Jawapannya, monyet disini anggap manusia ni ancaman sebab orang disini memburu monyet untuk dimakan! Make sense.

Penulis: Eddy Zainal
Sumber: Group Hotel Review Malaysia

CutiMana