Search
Search
Review Hotel | Tunamaya Beach & Spa Resort

Review Hotel | Tunamaya Beach & Spa Resort

TUNAMAYA BEACH & SPA RESORT Desaru

Booking : SHOPEE VOUCHER RM150/night

Room type : Standard Family Suite

5 STAR

Check in :
Agak lambat mungkin sebab fully book lebih kurang 40minit menunggu untuk dapatkan kunci bilik. Nasib baik view cantik boleh bersiar² kat pantai dulu sebelum check-in.

Resort ni ada private beach sendiri, dan banyak watersport yg disediakan. Jetski, paragliding, kayak. Kami dapat bilik standards family suite, dalam tu ada 1katil Queen, 1 katil Single. Katil, tilam, bantal, selimut memang selesa. Aircond berfungsi dengan baik dan sejuk sangat².

Toilet dia besar, basic dan semua berfungsi dengan baik. Yang bestnya Toiletries dia cantik exclusive.

Breakfast dia average. Ada nasi minyak, mee goreng, roti dan jem, sausage, baked bean, cornflakes, buah buahan, teh O, juices, roti canai. Sangat² basic dan kalau nak add on bayaran agak mahal RM35/adult RM25/child tak berbaloi. Baik pergi drive 3km beli sarapan kat luar.

Swimming pool agak besar tapi banyak pasir pantai dalam tu, mungkin pengunjung tak betul² bersihkan diri sebelum masuk pool, pool kanak² cetek, sesuai untuk anak² kecil dan pool dewasa 1.1m, kawasan pantai pulak nice view, dapat tengok sunrise diawal pagi. Tuala Pool dia best tebal dan baru.

Aktiviti seperti ATV, paragliding, jetski, kayak, banana boat agak mahal, mungkin sebab cuti perayaan. Parking ok. Staff Baik.

Overall satisfied.

Penulis: Azwana Mohd Ayob
Sumber: Group Hotel Review Malaysia

Tunamaya Beach & Spa Resort – Desaru Coast
#desarucoast
#Tunamaya

CutiMana