Search
Search
Review Hotel | Bihing Angan Resort

Review Hotel | Bihing Angan Resort

Kali ke-2 datang Semporna. Orang cakap datang sekali memang tak puas. Untuk kali ni stay kat resort yang lain pulak. Sebelum ni stay di Egang-Egang Resort.


Stay di Bihing Angan Resort Semporna, Sabah.
Date in : 23/12/21 – 25/12/21 (3 hari-2 malam)
Price : RM800 2pax (termasuk sarapan pagi, tengah hari, minum petang & makan malam + speedboat return jeti Semporna ke resort)


Bilik boleh muat 3 pax. 1 katil besar dan 1 katil bujang. Bilik ada balcony view laut menghadap Bohey Dulang.

Elektrik 6pm – 7am… Air 24 jam (standby laa bawak powerbank). Waktu malam best sejuk angin kuat. Kalau ade rezeki boleh nampak penyu.

Aktiviti apa yang boleh buat kat sini ?
Korang boleh swimming sepuas-puasnya. Ada jugak transparent kayak boleh sewa pusing-pusing area resort.


Peralatan swimming disediakan seperti jaket keselamatan. Kalau yang tak pandai berenang tu jangan risau waktu siang tengah hari sampai petang air cetek.

Resort ni tak banyak bilik. Kalau tak silap ada 4 bilik sahaja. Sesuai untuk buat trip familys day . Diorang juga tengah dalam proses penambahan bilik lagi. Di jangka siap awal tahun depan.



Highly recommend kalau nak stay sini sebab tak crowded macam resort-resort yang lain. Kalau korang nak booking boleh direct berurusan dengan En Firdaus +60126820036.

Penulis: Encik Fadhil
Sumber: Group Hotel Review Malaysia

CutiMana