Search
Search
Review Hotel | Solesor Kampong Beach Resort

Review Hotel | Solesor Kampong Beach Resort

Solesor Kampong Beach Resort, Port Dickson 🏝

YouTube review :

Instagram reels : https://www.instagram.com/reel/CaPFse3BPg4/…

Tarikan terbaru di Port Dickson. Kami mencipta kenangan di resort yang bertemakan cabin di tepian pantai. Terletak di Kampung Baru Telok Pelanduk, Si Rusa. Jom baca review kami dibawah!

Stay : February 2022
Room type : Cabana Queen
Price : RM385
– Include 1x breakfast and 1x dinner
– Include tax (without tax RM350)
– Booking direct whatsapp resort. Fast reply!
Personal rate : ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️

Check in/out : 10/10
– Check in hari biasa so orang tak ramai. Sampai lebih kurang jam 3 petang, hanya kami saja check in.
– Masa check in diberi borang untuk isi tarikh vaksin (dua2 dose) untuk semua guest.
– Time booking depo 50%. So kami settlekan baki lagi 50% time check in. No deposit collected.
– Check out just serah kunci and dapat resit. Easy and smooth process.

Staff : 10/10
– Semua friendly dan baik.
– Paling terbaik bell boy. Sangat pemurah dengan senyuman. Kami sampai terus datang tolong angkat bag. Experience pertama kami dapat bell boy yang sangat membantu. Selalunya buat dek je πŸ˜‚ Lupa nak tanya nama. Thumbs up untuk beliau πŸ‘πŸ»

Room : 8/10
– Bilik berasaskan cabin. Masuk2 punyala bahang. Kat luar panas terik masuk bilik terus jadi ayam panggang πŸ˜‚ panas oiii. Aircond bila pasang ambil masa gak untuk sejuk. Harap management usaha sikit untuk on aircond before guest check in.
– Keluasan bilik sempit. Nak solat pun ruang sikit je. Bilik ni sesuai untuk couple or anak sorang. Saya cadangkan kalau nak bilik luas ambil room type Villa.
– Katil saiz queen. Muatla untuk dua orang. Keselesaan katil and bantal ok la.
– Ada ruang wardrobe kat situ ada peti ais, kettle, tempat sangkut pakaian, safebox and sejadah. Telefon, TV juga ada di dalam bilik.
– Bilik air agak luas. Lengkap dengan shower with water heater and toiletries. Towel pun disediakan.
– Depan bilik ada ruang santai. Ada kerusi boleh duduk lepak2 or makan2.
– VIEW : tiada view hanya pandang cabin lain and laluan2 area cabin.
– KEBERSIHAN : Hrmm saya bagi OK je sebab ada stain sikit kat tiles bahagian wardrobe. Yang lain bilik air katil semua bersih elok πŸ‘πŸ»

Foods (rating di setiap point) :
– Breakfast (buffet) 8/10 : Ok la banyak pilihan. Nasib lemak daun pisang, bihun, roti canai, egg section and kuih muih. Rasa tu ok la not bad.
– Lunch 6/10 : Kami tapau kat stall yang dibuka depan resort. Nasi bajet RM4 sebungkus. Set ayam merah or keli sambal. Kami ambil set ayam merah dapat air sekali. Rasa biasa je, ayam bau sikit. Portion nasi lebih dari lauk.
– Dinner (buffet) 10/10 : Aneka pilihan untuk dinner antaranya daging bakar, sotong goreng tepung, ayam paprik, kailan ikan masin and sebagainya. Bagi saya paling best dinner. Rasa SEDAP πŸ’―

Facilities : 10/10
– Swimming pool view pantai. Ada untuk dewasa and kanak2. Sangat luas. Kami tak try sebab tak sempat also ada orang mandi malas nak campur2.
– Ada basikal, e-bike boleh disewa. Rate agak mahal πŸ˜…
– Playground untuk anak2 kecil bermain. Budak2 confirm suka 😬
– Easy access untuk ke pantai. Di pantai ada kawasan boleh mandi. Tapi tengahari kawasan tu surut. Lepas 6 petang air dah start pasang so boleh mandi petang2 kat pantai.
– Depan pool ada kawasan luas boleh buat apa2 aktiviti kalau nak buat family day ke apa ke.

Parking : 9/10
– Luas dan banyak. Tidak berbumbung. Safety terjamin sebab ada guard jaga.
– Time check in akan diberi kad untuk guest letak di kereta. Untuk menandakan yang itu kereta guest.
– FREE of course.

Lokasi : 9/10
– Resort ni masuk kedalam sikit. Lebih kurang 1km kalau tak silap dari jalan utama. So takde la bunyi2 kereta lori motor ke. Aman damai suasana.
– Betul2 depan pantai. Siap ada private beach and boleh mandi pantai. Pagi2 boleh layan sunrise, petang2 layan sunset 😍
– Kedai yang jual barang2 kelengkapan saya tak pasti di mana. Sebab kami tak keluar lepas check in. Tapi macam tak nampak kedai sepanjang laluan masuk. Kat jalan besar ada kedai.
– Ada sebuah restoran otw ke resort. Tapi masa kami datang tak buka.

Overall kami tersangatlah puas hati stay di sini. Rating overall saya boleh bagi 10/10. Harga je macam mahal sikit hehe tapi ok la. Ngam dengan kualiti yang disediakan. Tak rasa rugi pun. Pencinta pantai or yang rasa nak lari jap dari bandar boleh la try stay sini. Sure puas hati! 😁 Highly recommended πŸ’―

YouTube review :

Penulis: Atikah Nur
Sumber:Β Group Hotel Review Malaysia

CutiMana