Search
Search
Review Hotel | Royale Chulan Seremban

Review Hotel | Royale Chulan Seremban

Assalamualaikum. Antara tempat pilihan saya untuk short escape berdekatan rumah (rentas daerah sahaja) di Seremban.

Memandangkan weekend, bosan duduk di rumah jadi suprisekan family terus bawa ke sini.

Hotel : Royale Chulan Seremban

Room : Executive Suite

Saya call receptionist dan receptionist maklum better book by web berbanding apps. Bila buat perbandingan harga, harga di Official Site jauh lebih murah berbanding booking apps (Beza dalam range +-RM80-90) jadi staf di sini sangat membantu.

Price : RM400/nett untuk 2D1N & bestnya, breakfast included for two.

Deposit : RM100 & dipulangkan upon check out.

Request untuk early check-in & kami dapat check-in jam 1.30PM.

Access ke lift juga senang, tak jauh dari reception counter.

Parking? Jangan risau, ada basement parking, free sahaja untuk guest. Parking banyak, dan senang access ke lift untuk ke lobby.

Jadi overall untuk layanan pihak staf : 5 ⭐⭐⭐⭐⭐

First impression masuk bilik dia, memang spacious, ada 2 partition, 1 room dengan king bed, make-up table, TV dan bathroom (with separate shower & bath-tub) dan 1 living area dengan sofa, table, small fridge dan juga ada TV di living area. Sangat cantik dan selesa. Tambahan pula carpeting di semua ruang sangat selesa untuk 2 adults.

Untuk room saya bagi : 5 ⭐⭐⭐⭐⭐

Untuk lebih puas hati, full room review boleh tengok video di sini : https://youtu.be/lAzDKc95k6U

Untuk breakfast, lot of varieties, makan pun sedap, starting 8AM-11AM macamtu. Jadi memang puas hati.

View bilik kami boleh tengok partial bandar Seremban, dan boleh tengok Tasik Seremban. Memang sangat cantik.

Untuk makan, kalau malas keluar boleh order dari kitchen tapi harga mahal sikit la. Food delivery pula macam-macam pilihan dapat, jadi jangan risau tentang mana nak cari makan kalau malas keluar.

Untuk anak-anak pula, ada outdoor pool untuk bersantai-santai. Dari room kami pun dah boleh nampak view pool. Boleh tengok di video : https://youtu.be/lAzDKc95k6U

Jadi rate saya untuk hotel ni based on experience kami :

Staff friendliness : 5 ⭐⭐⭐⭐⭐

View : 4 ⭐⭐⭐⭐

Comfortability : 5 ⭐⭐⭐⭐⭐

Parking area : 5 ⭐⭐⭐⭐⭐

Breakfast offered: 5 ⭐⭐⭐⭐⭐

Jadi siapa yang pernah stay jom la share experience sama ada baik atau sebaliknya di Hotel ni, semoga dapat merapatkan ukhwah kita bersama.

Panjang saya buat review kali ini harap-harap admin approve post ni. Terima kasih semuanya.

Kredit : Zahir Ibnu Azahri Al-Kelantaniy

CutiMana