Search
Search
Review Hotel | Rumah Sungai Bonda Valley

Review Hotel | Rumah Sungai Bonda Valley

Ok. Saya nk kongsi pengalaman menginap di Rumah Sungai Bonda Valley (IG: Rumah Terapi Alam), Batang Kali, Selangor.

Date : 6 – 8/2/2022

Rumah : Melur

Harga : RM750/night

Occupancy : 2 dewasa / 3 kanak² (9,7,5 thn)

Rumah Sungai Bonda Valley ni private resort. Kalau dari highway Karak tu naik ke Genting sampai ke bulatan nk ke Genting and Batang Kali. Ambil ke Batang Kali. 15 minit ja dari bulatan tu. Rumah Sungai Bonda Valley sebelah kiri. Rumah Hutan atas sikit dalam 500m dari rumah sungai sebelah kanan.

So saya nak cerita pasal rumah sungai sebab memag nak bawak anak² mandi sungai.

Check in kat rumah hutan sbb kaunter kat rumah sungai tutup.

Check in biasa² ja. Masuk office diaorang. Tunjuk surat booking. Diaorang bagi kunci. Dah. Settel. Sebelum tu saya dah booking and bayar online sesiap.

https://www.bondavalley.com/

Weekend n public holiday memang penuh la. So kala nak pergi bookingla sebulan awal. Tu pun payah nak dapat on weekend.

Lepas check in drive ke rumah sungai. Sampai² tak ada staff yang tolong tunjukkan rumah. Pandai² la tanya tukang kebun situ. Peramah ja diaorang. Okeh. Bilik dekat ja dengan parking. Peluh setitik ja keluar.

Buka ja pintu rumah. Wow. Cantik binaan.
Ada 1 katil king. 1 katil queen. Bukan katil sebenarnya. More macam tempat lepak tepi tingkap tapi boleh tidur untuk 2 orang. Then ada satu tilam lipat. So nice la untuk 5 orang eventho by right bilik untuk 4 orang ja. Very clean and cozy. Rumah luas & siap ada peti sejuk besar and kuali pinggan mangkuk rempah ratus minyak semua disediakan. Beras pun ada. Rumah pulak just 50meter from the sungai. Cuma meja makan & bbq kat luar bilik & kongsi dengan rumah sebelah. Kebetulan jiran masa tu Ashraf Muslim.😁

Suasana tropikal n sungai resort memang terbaik. Sangat best. Tranquility at max! Memang macam dalam hutan selang seli bunyi air sungai menderu. Cuma neat and tidy. Terasa keharmoniannya. Bunyi unggas. Kadang2 pukul 3 pagi tak tahula musang ke apa dok panjat atap rumah then selang seli bunyi macam monyet tengah mengilai. Tapi confirm bukan hantu. Sungai pulak memang sesuai untuk kanak². Luas cuma agak berbatu dan arus agak deras. Tak dalam sangat. Sungai tu memang private untuk penginap² resort sahaja. Tak campur dengan orang luar. Nak tiru anytime pun ok sebab redup & cozy.

Saya stay for 3d2n. Memang best tempat ni untuk release tension and holiday with family. Sangat² rekemended. Kedamaian yang tak tergambar. Tiruk sungai 3 4 jam tak terasa. Sangat damai.

Will comeback again for sure !!

Dalam web tu ada peta & kedudukan rumah². Paling murah rumah kaca. Betul2 tebing sungai. Next time nk duduk sini even tak ada dapur & tandas pun kat luar bilik. Yang penting time tidur and bangun tidur dapat dengar alunan sungai. So relaxing.

Semoga perkongsian bermanfaat !

Penulis: Mohd Hakimi Ismail
Sumber: Group Hotel Review Malaysia

CutiMana