Search
Search
Review | Sekinchan PADI Sentral Homestay

Review | Sekinchan PADI Sentral Homestay

Sekinchan PADI Sentral homestay

Port OOTD Viral Di Sekinchan! πŸ“Έ

Tarikh Check in : 28-29 Januari 2023 (Weekend)

Jenis Bilik : Family Room (No Breakfast)

Harga 1 Malam : RM320 (Book melalui TRIP.com)

Deposit : RM50

Full review dekat link siniπŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»

Padi Sentral ni port staycation baru tau. Baru bukak dalam 2 bulan macam tu. So paham2 la yer kalau fasiliti diorang belum lengkap lagi hihi.

Lokasi dia di tengah2 sawah padi dan bangunan dia memang unik sebab macam bangunan sarang burung layang-layang (before this building ni buat 3D Art Gallery). Jalan nak masuk ke sini jalan tanah one way so kena drive pelan-pelan la yer. Parking senang depan entrance jer (Parking FREE). Area lobi nampak luas. Ada 2 3 port ootd kt situ. Setiap level ada air Coway. Senang nak pergi ambik air sejuk dan panas. Setel check in aku terus ke bilik. Bilik aku dekat tingkat 2 (Family Room).

Bilik sederhana luas berkonsepkan industrial dan minimalis. Almari tak ada just tempat gantung baju je. Disebabkan lantai tak ada karpet dan tiles diorang sediakan 4 sandal oren untuk keselesaan guest dalam bilik.

Dekat workdesk just ada jag dan gelas, tak ada drink amenities, tak ada kettle air dan mini fridge. Dia punya cermin tingkap luas gila boleh nampak seluruh sawah padi kat situ😍.

Bilik air ok luas, pintu pon rare. Tempat gantung tuala pon lain macam. Tapi tak ada toiletries la kat situ. Diorang just sediakan shower gel + shampoo kat satu bekas besar. Dont worry kat sini ada Water Solar Heater ye.

Setel jer kat bilik aku terus naik ke roof top untuk tengok 360 padi view. Roof top memang luas tapi still kosong lagi la (macam2 boleh buat kat atas ni hihi). Tapi view 360 dia memang best nampak keliling sawah padi πŸ‘πŸ»

Last skali nak pergi tengok port ootd kat area bawah. Ada yang belum siap lagi. Setakat ni ada hayun sawah padi, sawah padi hati cinta dan paling epik Rainbow Gate (tangga pelangi paling tinggi kat Sekinchan 15 kaki).

Dekat sini memang tiada swimming pool dan cafe. Kalau nak makan boleh cari makan kat luar. Kalau nak light food boleh beli dekat Vending Machine sebelah kaunter pendaftaran (boleh bayor dengan Ewallet dan cash).

Overall aku rasa Padi Sentral ni staycation baru yang menarik even fasiliti belum complete lagi. Kalau kome nak short gateway yang selesa sambil ootd dan cari makan kat area Sekinchan memang sesuai sangat πŸ‘πŸ»πŸ˜‰

Semoga review ni memberi sedikit info dan manfaat dekat korang semua.

Jumpa lagi pada next review!!

Kredit : Naim Huzairi
Sumber : Hotel Review Malaysia

CutiMana