Search
Search
Review Hotel | Glenmarie Hotel & Golf Resort

Review Hotel | Glenmarie Hotel & Golf Resort

💜 Anniversary Staycation 💕 GLENMARIE HOTEL & GOLF RESORT, PETALING JAYA 💜

Tarikh : 20-21 August 2022 (2d1n)

Harga : RM208 (Gourmet Collection (GC) baucer) with 2 breakfast.

Bilik : No. 551 Executive Club (upgrade guna GC baucer)

☘️Sempena anniversary yang ke-17, saya gunakan peluang untuk tebus baucer Gourmet Collection (GC) dan raikan hari istimewa kami di sini. Saya buat tempahan seawal 2 minggu dan request room deco. Semuanya percuma.

☘️ Proses check-in agak lambat. Saya sampai pukul 4.30 pm sebab jalan jammed berikutan hujan lebat dan ribut petir. Ambil masa dekat 15 minit juga nak selesaikan proses pendaftaran. Namun yang menariknya tiada deposit dikenakan.

☘️ Lepas dapat access kad, kami tak ke bilik sebaliknya terus ke Glen Cafe untuk menikmati hidangan petang. Waktu menghampiri pukul 5 namun mujur saya sempat buat last order. Untuk makluman, waktu hi-tea bermula 2-5 petang.

☘️ High tea di sini sangat berbaloi. RM75++ untuk 2 pax. Portion besar dan sangat sedap. Ada mee goreng mamak, ayam goreng, burger salmon, croissant 🥐, scones, sandwich, kek coklat dan yang paling best dapat aiskrim Baskin Robin 😋 Air yang ditawarkan coffee atau tea.

☘️ Tapi untuk hidangan ini tidak boleh gunakan baucer GC kerana ini harga promosi. Jadi saya bayar cash. Kalau hidangan ala carte baru boleh guna baucer. Tak apalah, kita simpan baucer untuk sarapan esok.

☘️ Untuk makan malam, ada 3 pilihan restoran. Glen Cafe untuk hidangan ringan (sandwic, mee goreng, kek), Kites Restaurant yang menyediakan hidangan berat (saya datang hujung minggu, jadi cuma ada buffet) dan satu lagi restoran yang menyediakan makanan Jepun.

☘️ Oleh sebab cuaca pun dah kembali tenang, jadi kami buat keputusan untuk ke Subang Parade. Tak jauh, jarak pemanduan hanya 7 minit sahaja.

☘️ Lift untuk ke bilik ada 2. Agak laju tetapi ruangnya sempit. Bilik saya mengadap golf course ⛳. Aduhai, sejuk mata memandang. Oleh sebab hari hujan dan sampai pun lewat, anak² mandi di dalam bath tub sahaja.

☘️ Katil king agak besar dan bantalnya serta tilamnya amat gebu. Bantal ada 4 biji. Memang selesa dan cukup untuk kami.

☘️ Siaran tv kurang jelas dan pilihan channel sangat laa sikit. Wifi pula terhad kepada 2 peranti sahaja. So sad 😥

☘️ Aircond sangat sejuk. Mungkin sebab dikelilingi kehijauan dan cuaca hujan sepanjang hari, kami semua tidur berselubung 🥶

☘️ Bilik kedap bunyi 👍👍. Sepanjang di dalam bilik, tidak kedengaran apa² bunyi dari luar walaupun airport Subang terletak sepelaung sahaja. Dari tingkap bilik, boleh dilihat dengan jelas kapal terbang yang lalu-lalang.

☘️ Sarapan pagi bermula 6.30-10.30 am dan kami sekeluarga turun pada pukul 8am. Walaupun Restoran Kites tidak berapa luas, namun susunan makanannya agak teratur.

Pilihan makanan agak variety namun hidangannya biasa² sahaja. Sesuailah dengan harga.

☘️ Harga add on sarapan dewasa RM44 dan child RM22. Para petugas di sini sangat mesra dan pantas bekerja. Makanan cepat di top up dan pinggan cepat dikutip. Good job 👍👍

☘️ Di sini saya gunakan baucer RM100 untuk penambahan sarapan 1 dewasa dan 2 kanak². Oleh sebab harganya tak sampai RM100, jadi saya ambil kek di Glen Cafe untuk cukupkan harga. Jimat banyak di situ 🤭

☘️ Selepas sarapan, anak² terus melompat masuk ke kolam renang. Ianya dibuka dari 7am-7pm. Pemakaian baju renang tak begitu strict. Tuala ada disediakan tetapi amat terhad.

☘️ Bahagian kanak² tak begitu luas dan ianya bersambung dengan bahagian dewasa. Ibubapa tidak boleh leka kerana bahagian dewasa amat dalam, 1.5m!

☘️ Saya request late check out dan dibenarkan sehingga pukul 2pm. Alhamdulillah, boleh solat zuhur siap² sebelum balik.

☘️ Tepat masa dijanjikan, saya cuma drop off access cards dan selesai proses check out. Sangat mudah.

☘️ Pengalaman 2h1m yang sangat indah buat kami sekeluarga. Jika diberi peluang saya pasti akan repeat lagi namun bukanlah dalam masa terdekat kerana ada 3 lagi hotel yang perlu saya terjah untuk habiskan baucer GC saya.

Intercontinental Hotel ✅

Glenmarie Hotel & Golf Resort ✅

Holiday Inn JB 🔲

Holiday Inn Melaka 🔲

Holiday Inn KL 🔲

Penulis : Nursyahidah Yahaya

CutiMana