Search
Search
Review Hotel | Villa Morten

Review Hotel | Villa Morten

VILLA MORTEN, MELAKA

Bilik aku betul-betul sebelah langsir putih tepi tangga tu. Nak masuk dalam ni,perlu buka kasut tau. Memang feeling-feeling rumah sendiri.
Waktu aku nak pakai kasut dan turun tangga, ada pengunjung duduk di tangga tu. Mereka terkejut lalu berkata.
“Tumpang duduk ya.”

Dalam hati aku. “Duduk lah kak. Bukan rumah saya pun.” ðŸ¤£

Harga: RM69 je 😱

Tarikh: 22 Sept 2022 (Khamis)

Tiada deposit!

Aku sebenarnya pelik, hotel ni tergolong dalam OYO sebab tak rasa macam OYO pun 😅. Walaupun aku memang warga Melaka, tapi aku selalu tertanya-tanya macam manalah rasanya duduk di Kampung Morten yang sering jadi tumpuan pelancong ni kan. Kebetulan terjumpa hotel ni, ehh murah dan menarik. Terus aku tempah guna apps Trip .com. Nak tahu tentang tempat ni? Ayuh, baca!

Betul-betul depan bilik aku. Lepak makan sini sambil tengok gelagat pengunjung. Best!

KELEBIHAN

1. Semestinya reka bentuk rumah Melayu Melaka ni sangatlah sesuai untuk mereka yang inginkan kelainan. Hotel ni ada beberapa bilik. Jangan risau, bilik air tidak berkongsi dengan orang lain. Setiap bilik, memang ada bilik air sendiri. Kau jangan bayangkan macam duduk di rumah orang tau. Tidak. Konsepnya masih sama macam hotel-hotel biasa tu, bezanya ia direka dengan bentuk rumah kampung.

Ruang santai dan laluan ke bilik lain.

2. Suasana kampung yang masih terasa walaupun terletak di bandar Melaka.

3. Dekat dengan tempat makan viral. Yalah, kita tahu yang Kampung Morten banyak tempat makan yang selalu mencabar kalau nak parkir kan? Tapi, bila dah menginap di sini, kau parkir dalam kawasan hotel, kemudian jalan kaki je ke kedai makan. Contohnya ada satu kedai western tu betul-betul depan Villa Morten ni. Senang!

Taraaa! Lepak makan nasi lemak ( beli di medan selera depan) sambil layan nescafe panas. Perggggggh!

4. Berhampiran dengan Sungai Melaka. Jalan kaki beberapa langkah dan sampai. Lepas tu, boleh lepak di kedai-kedai tepi sungai tu. Best!

5. Bilik lengkap dengan sejadah, water heater, nescafe dan air mineral.

6. Banyak ruang santai untuk lepak contohnya serambi, bawah rumah (siap ada papan dam dan catur lagi tu). Kalau nak bilik yang ada balkoni pun boleh request dengan staf tu (jika masih kosong).

7. Staf sangat membantu. Dia akan beritahu mana lokasi untuk sarapan, makan tengah hari dan makan malam. Tahniah!

Bawah tu pejabat untuk check in. Atas tu bilik yang ada balkoni.

8. Bantal juga banyak. Ada 4. Bantalnya juga selesa dan bukan jenis lembut nau sampai tenggelam kepala tu.

Ruang dalaman bilik

9. Bilik wangi. Masuk je bau honeydew. Mereka gantung pewangi kereta gituuu.

KEKURANGAN

Maaf kalau pihak villa berkecil hati, sekadar ulasan jujur untuk penambahbaikan. 🥰

1. Tilam Bilik 1 melayut ke tepi menyebabkan agak kurang selesa untuk tidur. Mungkin boleh ganti yang baharu.

2. Televisyen tidak berfungsi dengan baik.

3. Aku tak pasti tentang WiFi, macam tak ada. Staf pun tidak maklumkan tentang itu.

Repeat? Insya-Allah boleh sebab lokasi dan suasananya menarik. Yeah!

Sekian, terima kasih.

UPDATE: Jika check in selepas 6 petang, seeloknya telefon (nombor ada di Google) dan maklumkan awal kepada staf sebab lepas pukul 6, staf akan balik ( tapi yang ni weekdays. Weekends aku tak pasti. Boleh telefon untuk dapatkan kepastian).

Kredit : Fikri Fiq

CutiMana