Search
Search
Review Hotel | Timurbay Seafront Residence

Review Hotel | Timurbay Seafront Residence

Pertama kali review kat sini. Hehe

Review Timurbay Seafront Residence

Check in 18/3/22
Check out 19/3/22
Satu malam sahaja. Kami 5 beranak. Kalau nak datang ke Kuantan, boleh la try check in sini. Bagi saya, pengalaman pertama kat sini memang best dan awesome sesuai lah untuk bawa anak2 ⭐⭐⭐⭐⭐

📌 Untuk tempahan, saya buat direct owner je. Search je kt FB Timurbay Seafront Residence, berderet la no owner yang offer untuk penginapan di sini.

Saya book direct owner jer untuk servis booking 👇
⭐⭐⭐⭐⭐
Siapa nak no owner boleh pm tepi ya nanti saya bagi.

Rate harga untuk bilik kami menginap ialah 🛌 Seaview Suite RM280 jer untuk 1 malam

🔑 Lepas tu nak check in ambil kunci tu ambil sendiri dalam peti box. Memang tak kan jumpa owner lah. Semua nya deal atas talian sahaja. Self servis ya. Check in pun smooth je. Nak bergerak kemana-mana wajib guna kad (sekali dengan kunci bilik) sebab semua tempat pakai kad access untuk keluar masuk. Kalau tak pintu memang tak boleh buka ya. Even nak masuk lift pun sebelum nak tekan ke tingkat berapa kena scan kad dulu dalam lift tu. Saya bagi 5 star juga untuk keselamatan memang terbaik ⭐⭐⭐⭐⭐

🚗 Parking pula setiap residence hanya 1 lot sahaja ya. Parking berbumbung dan bertingkat2 semua residence punya. Sebelum masuk residence kita kena tunjuk QR code dulu nombor kereta yang berdaftar. Masa mula2 sampai tu bersusun dulu kereta masuk ikut laluan visitors sebab guard akan check satu2 dan guna fon die untuk scan. Orang dewasa pon kena tunjuk bukti dah fully vaccinated (dos 1 dan 2) sebab guard mintak. Hehe. Tapi macam orang lain tak tahu la mintak atau tak. Macam kita orang dapat parking level 2 no 694. No parking dia dah tulis siap2 dalam petak parking ya. Jangan salah parking tempat org lain sudah lah 😁

🏠 Bilik saya TB10-2.
Blok B kalau tak silap tingkat 10. Boleh tahan lah tinggi tu 😂😂 Bilik saya memang seaview. Tak rugi cek in sini. Boleh release tension gitu. Bilik pun fully furnish siap ada Unifi lagi ya. Password memang dah tampal siap2 kat dinding. Internet memang laju lah boleh tahan. Hehe. Ada mesin basuh siap kering, peti ais besar (tapi bilik kami tak ada sedia air mineral dalam botol nasib standy dah sendiri), iron, towel, tapi sejadah tak ada pulak disediakan nasib baik dah bawa dari rumah. Arah kiblat juga tak ada (biasa tampal kat syiling kan ni tak ada). Kena cari sendiri. Bilik lain tak tau lah tapi bilik kami memang tak ada. TV, sofabed ada tapi meja depan TV yang bulat tu rosak sedikit senget. Untuk ini saya bagi ⭐⭐⭐⭐

🏊🤽 Pool pula masa saya check in petang boleh terus mandi je terus. Tak silap pukul 5 lebih pukul 7 Maghrib baru kami berhenti main. Masa ni memang tak tahu kena main sejam je sebab guard tak ada halau apa pon semua kat kolam masa tu 😅😅 Mungkin masa main tu org tak ramai so guard tak kisah sangat lah. Tapi esok pagi nak turun mandi tu kena booking nama kat guard yang jaga pool.1 jam per trip sahaja. Macam kami mandi jam 10 pagi sampai 11 pagi je. Kiranya kita akan guna pool sejam je lah dah sampai masa trip pool kami, tunggu la depan guard tu dia akan panggil nama yang booking tu tau pastu baru boleh masuk. Sebelum tu masa book nama kita tu, dia akan tanya dan tulis sekali no bilik & berapa pax kita nak masuk. Saya bagi ⭐⭐⭐⭐⭐ untuk pool sebab pool luas ada 4 pool semua (tengah untuk kanak2) dan banyak jenis dan ambil kira turn nak mndi supaya tak crowded kan. Siap mndi pastikan kena kering dulu tubuh baju semua sebab guard tak bagi naik lift sebab basah 😅😅 Dia akan check tengok sorang2 nanti tau. Dah kering baru boleh ☺️ Kolam kiranya tak jauh dah dari pantai. Ada pintu kalau nak keluar ke pantai. Nak main ATV pun boleh cuma kena bayar asing lah. Tak ada gambar kat pantai sebab memang tak pergi pantai pon 😁

🍜🍝 Untuk dinner dan breakfast, boleh jalan kaki je cari area depan residence sebab banyak kedai makan yang buka. Macam saya, kami keluar dengan kereta walaupun makan dekat tu je sebab dengan anak2 kan malas pulak nak berjalan 😂😂☺️☺️ Masa nak check out pun smooth je. Just drop key kat box yang disediakan di reception sebab owner dah wasap siap2 bagitau macam mana cara dan pastikan semua plug dan suis elektrik, aircond dan lampu ditutup 🤗

Overall saya bagi ⭐⭐⭐⭐⭐ untuk Timurbay Seafront Residence. Nak repeat lagi kalau ada rezeki untuk anak2 next time 😄

Penulis: Nurfatin Talib
Sumber: Group Hotel Review Malaysia

CutiMana