Search
Search
Review Hotel | The Amanjena Resort

Review Hotel | The Amanjena Resort

Santorini, Malaysia

πŸ“The Amanjena Resort Pengkalan Balak, Melaka

Harga RM450
Include Breakfast.

Jenis Bilik : Double Deluxe1 Single Bed & 1 Queen Bed

Booking web : amanjenaresort.com.my
Resort ni hanya booking di web je okey tak ada di Agoda atau lain2 apps.

βœ… Check in :
Waktu Check-in pukul 3pm & check-out 12pm.
Disebabkan hari tu drive dari PD so sampai agak awal cuba2 nasib nak checkin awal tapi tak dapat. Staff suruh datang balik check-in pukul 3.
Deposit RM100 masa check-in, dipulangkan masa checkout nanti.

βœ… Bilik :
No bilik 202 ground floor. Bilik cantik bersih, cuma aircond macam kurang sejuk. Mungkin sebab cuaca yang panas kot tak terasa sangat sejuk aircond tu. Balcony view je tak best sebab background nampak hutan. Kalau bertentang dengan bilik lain boleh la bergambar disituuu.😁
Kemudahan lain dalam bilik towel, sejadah, fridge, hair dryer, iron, toiletries.

βœ…Parking :
Mudah. Nak kata luas tak juga. Keluasan parking yang sesuai dengan jumlah bilik yang ada.

βœ…Breakfast :
Breakfast buffet tapi tak banyak pilihan. Nasi lemak, spagetti & roti bakar. Jus oren & hot drinks coffee & tea, fresh milk & cereal (coco crunch & honeystar)

Overall rating 4/5.

Kalau breakfirst tu banyak pilihan saya boleh bagi 5/5.

Untuk bergambar memang cantik acah2 Santorini sangat. Berbaloi untuk yang suka bergambar. Sila pakai baju yang bersesuaian, saya pilih biru putih😜😜

Laut/pantai memang seberang resort ni je. Restoran atau kedai makan seafood pon banyak pilihan kat sini.

Family friendly, pool ada 2 bahagian, 1 untuk dewasa & 1 lagi kanak2. Tiada had max. Sangat2 recommend kalau datang nak rilex2 tenang2 & tak suka nak bersesak lagi2 yang ada anak kecil boleh masuk list tempat ni yaa. Dari Pengkalan Balak nak ke Bandar Melaka dalam 1 jam juga.

Moga perkongsian memberi manfaat pada sesiapa yang nak kesini nanti.πŸ™ƒπŸ™ƒ

Happy Holiday Gaiss πŸ’•

Penulis:Β FD Kedai Printing
Sumber:Β Group Hotel Review Malaysia

CutiMana