Search
Search
Imperio Residence

Imperio Residence

Welcome to Melaka♥️

Imperio Residences.
Melaka Raya.
Berdepan Double Tree dan Hatten Place.

Sempena birthday anak hari tu sis decide ke Imperio Residences. Kali ni sis cari unit yang ada private pool. Cara check in bukan macam kita check in kat hotel ada reception bagai ya. Kita self check in. Kunci ambil dari mailbox. Host akan guide korang macamana nak collect kunci, password untuk buka mailbox. Tempat ok, bersih, host pun baik. Semua dia explain.

Ada 1 bedroom katil queen, ruang tamu ada sofa bed besar dan 1 katil single. Sofa hijau tempat sis deco belon tu kalau tarik akan jadi sofa bed yang besar ya. Boleh tidur 2 orang dewasa. Ada mesin basuh siap2 kot korang nak basuh baju nanti.

Yang sis dapat untuk weekdays hari tu r m 2 9 8 + r m 2 0 0 deposit. Weekend lain harga. Deposit refund 24jam selepas check out kalau tak ada barang yang hilang, rosak, rumah elok masa korang tinggalkn.

Sis booking direct host dia. Sis tak booking dari apps. Kalau nak booking dari Agoda pun ada je sebenarnya. Airbnb pun ada untuk unit ni. Selain 1 bedroom, unit type ni ada 2 bedroom juga. Pada sis, tempat ni tersangat la sesuai untuk sis yang ada anak kecik ni. Anak2 boleh mandi je dalam bilik depan mata, senang nk kawal.

Nak berendam sampai pukul berapa pun tak ada hal. Sukati korangla. Kalau korang nak berenang kat bawah pun boleh. Kolam bawah lagi besarr. Cuma ada limit masa. Sekali masuk boleh berapa pax je macamtu. Ada guard jaga. Kot dah ramai sangat, guard akan suruh korang tunggu dulu. Sambil2 tunggu korang boleh lepak kat playground tepi pool. Sila rujuk gambar.

Overall sis suka datang sini. Ni kali kedua kami ke Imperio. Korang boleh la cuba nanti. Anak2 happy, mummy pun senang hati. Settle short vacation untuk birthday girl tahun ni.

Disclaimer: Yg tinggal dalam bilik tu cuma sis dan family sahaja. Yang lain2 tu check in bilik berasingan. Jangan pulak korang check in situ lepas tu buat open house 😆

Penulis: Kathy Noor
Sumber: Group Hotel Review Malaysia

CutiMana