Search
Search
Review Hotel | Coco Scuba Inn

Review Hotel | Coco Scuba Inn

COCO SCUBA INN, Mabul, Sabah

Overall rate : ⭐⭐⭐⭐

Harga : πŸ’°πŸ’°πŸ’°(rujuk gambar pertama)

βœ…Stay 3 hari 2 malam
βœ…Book direct admin chalet
βœ…Tarikh stay: 21-23 Dis 2021
βœ…Jenis bilik : VIP and VIP Suite
βœ…Peserta : 9 dewasa, 1 warga emas, 6 kanak-kanak

βœ…Check in : ⭐⭐⭐⭐⭐
Sampai jeti Semporna dalam pukul 2.30pm, hampir sejam dengan bot nak sampai ke chalet. Group kami the only guest yang check in memandangkan guest lain mostly postpone trip due to flood haritu. Sampai-sampai je terus diserbu oleh 10 orang staf yang sangat-sangat friendly, rasa welcomed sangatπŸ₯°.
Tak perlu kaunter ke beratur untuk check in, naik tangga dari bot je terus Kak Ida datang bagi kunci bilik dan beg-beg terus diangkat oleh staf ke bilik masing-masing memang terbaikkk layanan first class sangat. Masuk je bilik aircond dah siap bukakkan dah terus rasa sejuk je. Lepas check in sekejap datang pulak pisang goreng. Kopi o dan teh o memang all the time tersedia boleh ambil je anytime

βœ…Bilik-Interior/Cleanliness/Amenities: ⭐⭐⭐
First impression dari luar nampak biasa, macam agak usang tetapi bila dah masuk dalam tengok view terus tak ingat dah yang nampak dari luar tadi. Bilik bersih dan kemas memandangkan bilik ni baru je siap renovate bulan 11 haritu. Bilik VIP ada 1 tilam king tebal. Bilik VIP suite ada 2 tingkat, bawah sofa atas tilam king. Semua bilik ada aircond and hot shower.

βœ…View from room: ⭐⭐⭐⭐
Open sea, corals, sunset, bot-bot, penjual-penjual orang Bajau. Boleh kata selang 15 minit penyu-penyu besar akan singgah untuk ‘show off’ diri diorang. ‘Patrick’ ada je di mana-mana boleh nampak dari bilik.

βœ…Makanan: ⭐⭐⭐⭐
Buffet breakfast, lunch and dinner, kudap-kudap petang. Breakfast simple je gilir-gilir mi goreng, mihun goreng etc gitu pastu ada nugget and sosej dengan roti bakar. Buffet lunch and dinner wajib ada 2 lauk, 1 sayur dan 1 buah. Lauk-lauk tambah boleh beli dari bot dan hotel ambil upah siang dan masak. Kalau ada kerang tu, siap dikopekkan sekali kulit kerang tinggal isi je gigih tak gigihπŸ˜‚ Recommended masak butter cheese🀀 Sambil-sambil makan malam staf buat kugiran nyanyikan lagu, request je nak lagu apa dah lah suara sedap (Orang Sabah kan). Lepas makan bolehla join karaoke sekali. Masa nak beli makanan laut dari bot, staf perlu ada untuk berkomunikasi dan jaga harga. Kalau tak memang diorang letak harga sesuka hati dan staf-staf jugak kesian kalau lepasni nak beli tak dilayan βœ…

Fasiliti: ⭐⭐⭐⭐
1. Private jetty. Jeti memang tak kongsi dengan chalet lain, setiap chalet ada jeti masing-masing. Dekat sangat dengan bilik, naik tangga je dah sampai.
2. Slide direct into ocean. The only chalet with slide so anak-anak memang enjoy dan tak berhenti naik slide, tak adala bosan sangat berenang je.
3. Life jackets baru-baru semua, snorkel sets, scuba sets, semua request je anytime dari diorang. Tiba-tiba rasa nak mandi just terjun terus je, sentiasa ada staf teman so tak perlu risau anak-anak nak pergi mandi laut memang biarkan je mak bapak tidur ke santai-santai sambil tengok view pun tak risau

βœ…Aktiviti : ⭐⭐⭐⭐
Mandi, mandi dan mandi🀣
Day 1 – Mandi di slide dan depan jeti(D)
Day 2 – Pagi discovery dive, tengahari snorkeling di Kapalai, petang snorkeling di salah satu coral spot. Semua tempat yang dibawa cantik-cantik. Sempat dapat mandi dengan penyu tapi kelam kabut setting video last-last penyu chow dulu😌. Petang plan nak naik bot keliling pulau sambil ambil view sunset tapi ombak kuat jadi instructor x bagi so rekod sunset depan bilik jelah. (B/L/D)
Day 3 – Mandi di slide dan depan jeti. Pukul 12.00 check out(B)

βœ…Line telefon: ⭐⭐⭐
Ini Wilayah CelcomπŸ˜‚ Unifi kejap ada kejap takde😌

πŸ”΅Pros
1. Bilik dan lokasi just nice. Walaupun tak secantik Water Bungalow tetapi view dan ketenangan masih dapat dirasai di sini. Sesuai untuk rilek, mencari ilham dan menenangkan fikiran. Masa hujan lebat di Semenanjung dan kawasan sekitar Sabah, Pulau Mabul langsung tidak terkena tempiasnya alhamdulillah.
2. Harga yang berpatutan sebab dah all in, tinggal bawa duit untuk beli air kelapa dan seafood
3. Sesuai untuk keluarga besar dari bayi hingga warga emas sebab bilik-bilik semua dekat tak perlu jalan jauh-jauh dan senang untuk berkumpul setempat
4. Layanan staf memang patut dipuji. Dari hari pertama Whatsapp Kak Ida bertanyakan macam-macam soalan semuanya dijawab, malah dengan sangat tenang πŸ˜‚ Instructor Tahir dan team yang sangat sporting

πŸ”΄Cons
1. Sampah banyak. Bukan salah chalet tetapi berpunca dari penduduk pulau dan Semporna. Para divers memang selalu kutip sampah-sampah tapi sebab terlalu banyak masih terapung-apung. Kesian penyuπŸ˜”

Penulis: Nadiya Sayyida Jamalludin
Sumber: Group Hotel Review Malaysia

CutiMana