Search
Search
Review Hotel | Casa Impiana

Review Hotel | Casa Impiana

🌻 Short vacay #perak
Kali ni saya #jjcmperak ke Teluk Senangin. 2h1m di Chalet Casa Impiana, Teluk Senangin.

🌻 Perjalanan dari Rawang – Teluk Senangin lebih kurang 3jam lebih termasuk berhenti rehat sekejap. Minyak rm200 (ada baki balik Rawang)
Tol RM50

🌻 Booking direct chalet.

🌻 Chalet RM160 (non sea view) untuk dua katil queen bed. Bilik biasa² sahaja. Tapi boleh lah untuk 1 malam. Terpaksa ambil juga sebab semua dah full.

🌻Towel tidak disediakan. Tapi boleh minta. Malam agak sejuk, nak selesa kena bawa selimut sendri yang lebih tebal. Almari tidak disediakan untuk bilik ini. Mungkin bilik besar ada.

🌻 Kedai makan pun banyak area chalet (makan pagi, malam)

🌻 Yang best kat sini ialah chalet sangat dekat dengan pantai. Tak banyak untuk di review cuma saya jalan² cuci mata sahaja😄

Persisir pantai terdapat banyak kulit kerang so kena hati² sikit pada yang ada anak kecil.

Penulis: Cik Watie Razzania
Sumber: Group Hotel Review Malaysia

CutiMana