Search
Search
Review Hotel | TimurBay Residence

Review Hotel | TimurBay Residence

Hai semua.

Selalu baca review orang. Harini saya nak share percutian saya di Kuantan. Firstime saya ke Kuantan.

🏨 Hotel : TimurBay Residence

🕒 Check in : 3pm 7/06/2022

🕛 Check out : 12pm 9/06/2022

🌅 Bilik : Studio Room Seaview (1 queen bed, 1 single bes)

💲 Rate : RM580 (3d2n)

💵 Deposit : RM100

Bertolak dari Ampang pukul 11am sampai dalam jam 2pm. Singgah makan patin tempoyak di Farah Singgang, betul2 depan Timurbay je. Depan ni ada banyak kedai makan dari breakfast-dinner.

Proses check-in : ⭐⭐⭐⭐⭐

Ambil kunci di Mailbox, terus naik ke parking bahagian Resident. Parking pun dekat je dengan pintu masuk. Owner bagi instruction, password semua guna video sehari sebelum 👍🏻

Lokasi : ⭐⭐⭐⭐⭐

View sangat cantik

Tempat makan banyak

Pantai bersih dan landai sesuai bawa budak2

Bilik : ⭐⭐⭐⭐⭐

Studio Room Seaview (Tepi)

View laut sipi2 tapi tetap puas hati

Tingkat 11

Bilik ni ada 1 queen bed & 1 single bed

Ada meja dan kerusi di balkoni

Toilet : ⭐⭐⭐⭐⭐

Toilet bersih

Toileteries, towel & water heater disediakan.

Kemudahan dalam bilik : ⭐⭐⭐⭐⭐

Wifi : password

Netflix

Peti sejuk

Nescafe 3in1 & tea

Mineral water

Iron & ironboard

Oven, Rice Cooker, Kettle, Washer Machine, Toaster

Swimming pool: ⭐⭐⭐⭐⭐

Pool memang besar. View pantai.

Dari pool boleh exit terus ke pantai guna access card. Kami banyak turun ke pantai.

Aktiviti saya : ⭐⭐⭐⭐⭐

🐘 Mini Zoo & Dinosaur Encounter Taman Teruntum

– Tiket Adult RM25, Kids RM22. Indoor kena tambah RM16 tapi saya tak masuk. Best bawa anak2. Sediakan payung atau topi sebab panas. Pukul 11am ada show dino.

🛻 Main ATV 🛻

– RM50 setengah jam

🐴 Naik kuda

– Bayaran seikhlas hati tapi saya tak naik pun sebab bawa duit untuk beli aiskrem je

🥙 Dinner di Kimstone Food Court

– Tempat best, santai layan busker. Makanan biasa2 je

🍤 Pok Awang Celup Tepung

– Pukul 12.30pm baru buka. Pilih seafood yang kita nak, baru timbang dan goreng. Makan panas2 dihari panas. Sedap, puas hati, harga pun ok.

🍰 Kula Cakes

– Ni je hampa sikit sebab dah beratur sekali Mango Cheesecake habis daaa 🤧

Overall semua best dan puas hati. InshaAllah ada rezeki akan repeat lagi 😍😍🥰

Penulis:Suhaida Hazlan
Sumber: Group Hotel Review Malaysia

CutiMana