Search
Search
Review Hotel | Sea Star Resort

Review Hotel | Sea Star Resort

Sea Star Resort Semporna, Sabah

Date Stay : Aug 2020

Price : RM450/PAX per night

πŸ‘‰πŸ» Design bilik Sea Star Resort sangat cantik. Bilik siap ada balcony, boleh lepak2 tengok sea view. Apa yang best bilik di Sea Star Resort ni, bilik air dia besar, dan boleh tengok laut lagi kat bawah masa tengah mandi. Sambil mandi, boleh tengok ikan. Bilik siap dengan aircond, kipas, heater. Malam2 sejuk, boleh buat coffee & tea minum panas2 dalam bilik sambil tengok bulan dan bintang dekat balcony. Kat sini electric 24 jam tau. Tak ada la siang2 berpanas dalam bilik. Harga resort ini termasuk dengan breakfast, lunch and dinner and boat transfer.

πŸ‘‰πŸ» Apa aktiviti boleh buat dekat resort ni?
Boleh juga swimming, snorkeling, dan berkayak. Free je untuk berkayak. Naik sampan transparent pusing2 resort. Equipment untuk snorkeling resort ada sediakan juga.

πŸ‘‰πŸ» Apa yang saya suka stay sini, service dan layanan staff Sea Star Resort sangat bagus. Staff very very very friendly. Sampai je resort, staff tolong angkatkan beg ke bilik. Staff also very helpful. Service diaorang saya bagi 10/10. Kalau 100, saya bagi 100/100.

πŸ‘‰πŸ» Highly recommend you all stay Sea Star Resort Semporna. Saya booking melalui whatsapp 0176231156

Penulis:Β Cik SaraΒ 
Sumber:Β Group Hotel Review Malaysia

CutiMana