Search
Search
Review Hotel | Parkview Suite Residence KL

Review Hotel | Parkview Suite Residence KL

Family staycation di KL

Parkview Suite Residence, KLCC

Date : 13,14,15th September 2022

Duration : 3D2N

Rate : RM 309 include tax & cleaning fees untuk 2 malam. 2 adults 5 children

Booked via Booking dot com. Tiada deposit.

🎈Check in : self check in. Sehari sebelum check in, instruction akan diberikan melalui email dan juga inbox di apps. Mudah dan tak perlu jumpa orang. Kami sampai jam 3.30pm, terus ke lobby, buka mailbox guna security code, ambil kunci dan terus gerak ke parking lot.

🎈Parking : RM10/night. Multiple entry. boleh keluar masuk. Parking agak sempit untuk kereta besar.

🎈Bilik : 2 bilik tidur, 2 Tv, 1 di ruang tamu dan 1 bilik tidur. Cuma tv di bilik tidur tak ada channel. Tv di ruang tamu, best sebab ada android box. Penat pilih channel nak layan sebab banyak sangat. Free Wifi 100Mbps

🎈Katil : setiap bilik ada queen bed. Di living room ada sofa bed. Cukup untuk 7pax. Katil, tilam masih baru. Empuk dan nyenyak tidur.

🎈Ada dapur dan alatan memasak, microwave, washer+dryer, iron, hair dryer, sofa, meja makan, pinggan mangkuk, gelas, fridge, electric kettle dan rice cooker

🎈Toilet ada 1 sahaja. Shower, air kuat, ada water heater. Tiada bathtub. Bilik air biasa sahaja.

🎈Kebersihan tip top. Lobby besar. Ada banyak sofa.

🎈Unit kami ni mengadap bangunan tinggi2 bandaraya Kuala Lumpur. KLCC nampak sikit-sikit je dari tingkap sbb kena block dengan bangunan lain.

🎈Ada pool kat tingkat 33. Agak luas. Kalau nak best kena bawak pelampung. Pool dia betul2 boleh nampak KLCC. Kalau ambik gambar dekat pool malam2 lawa. Lepas mandi boleh main kat playground sebelah swimming pool. Dalam shower room dekat pool, ada sauna. Dan ada gym juga.

🎈Apartment ni terletak bersebelahan dengan KLCC dan Pavilion. 5 minit jalan kaki ke KLCC. 10 minit ke Pavilion, Bukit Bintang. Dekat dengan foodtruck bawah KLCC. Artis ramai datang sini

Overall, tempat ni sesuai untuk yang nak staycation di dalam bandar. Terutamanya yang nak rasa makanan-makanan viral area Bukit Bintang. Lagi2 bila jalan kaki malam-malam di area Pavilion. Seronok. Makanan kat foodtruck pun semuanya MashaAllah sedap gila.

Sesuai menginap dengan family besar dan harga ditawarkan sangat berpatutan. Lokasi pun sangat2 best.

Will repeat? Yes definitely sbb macam tak cukup je 3 hari 2 malam.

Sebenarnya rumah sy dekat je dengan kawasan ni tapi tulah, kalau naik kereta mmg sesak. Suka stay sini sebab jalan kaki je nak ke mana2 πŸ˜‚

Kredit : Risalizah Manaf

CutiMana