Search
Search
Review Hotel | Malibest Resort

Review Hotel | Malibest Resort

Assalamualaikum.
Nak review hotel / chalet yang kami duduk masa stay dekat langkawi. Area Cenang.

πŸ’›Maaf kalau ada kekurangan sepanjang penulisan sayaπŸ’›

Malibest resort
29/1 – 31/2 (3 hari 2 malam)

2 bilik Deluxe Wooden
πŸ’™ Nama bilik : Ketumbu & Tuba
Katil 2 single & 1 queen
2 unit bilik bersambung + kereta sewa = pakej RM920 + deposit kereta RM100+ deposit check in RM100

P/s : Harga ikut manaa kita booking. Mungkin ada lagi murah dari saya dapat. Kalau terus booking online dengan Malibest mungkin dapat lagi murah. Saya booking guna agent, sepatutnya bilik untuk family dekat banggunan, siap ada dua katil queen. Tapi saya pilih untuk stay chalet dekat bawah sebab dekat dengan pool. Mudah nak tengok anak anak mandi. So pakej bertukar & harga sekali.

Check in : πŸ‘πŸΌπŸ‘πŸΌπŸ‘πŸΌπŸ‘πŸΌπŸ‘πŸΌ
Terbaik masa tak lamaaa dalam 15 min macam tu saja. Walau pon ramai yang check in time tu tapi semuanya berjalan lancar. Parking ada seberang jalan untuk guest Malibest. kalau ada rezeki park depan hotel tu syukur. Tapi kalau keluar balik malam memang takda harapan laa nak cari parking. Situ memang tempat tumpuan..

Bilik : βœ…βœ…βœ…βœ…βœ…
Pada mulanya kami dapat bilik yang terpisah dari anak. So memang jauh. Mintak tukar tapi katanya dah full. So jadi susah untuk kami handle sebab anak 5,9,13 tahun semua gegirl. Tapi rezeki ada seorang staff ni datang masa saya termenung dekat luar memikirkan nasib hahahaahaa jauh nak menapak dekat nak angkut kain baju sekali. Alhamdullilah staff tu bagi tau bilik sebelah bilik saya guest tu dia nak tukar sebab mood bulan madu dapat pulak bilik depan pool so bising bagi dia. Saya melompat bintang sebab dapat bilik yang bersambung dengan bilik saya tambah lagi bukak pintu bilik anak memang pool depan mata. so senang nak tengokkk depa mandi.

Pool : πŸŠπŸ»β€β™€οΈπŸŠπŸ»β€β™€οΈπŸŠπŸ»β€β™€οΈπŸŠπŸ»β€β™€οΈπŸŠπŸ»β€β™€οΈ
Bukak 7am – 7pm saja pool diaaa adaa papan gelongsor, ada untuk ruang untuk budak & dewasa mandi. Yang paling best pantai memang tepi pool saja. Fuhh memang best stay sini. Ada staff dekat laluan masuk.

Aktiviti : ❀️❀️❀️❀️❀️
Kawasan Malibest terletak area Pantai Cenang. Nak beli coklat ka makan ka tak perlu risau. Kedai bersusun sepanjang jalan tu. Yang paling best ada pertunjukkan api. Memang hidup laa suasana malam dekat sana. Sediakan duit lebih sebab dekat area pantai macam macam jual untuk mainan anak 🀣🀣🀣 Letih kena pau. Kedai makan kena betul-betul pilih. Haha ada yang mahal tak sedap & ada yang berbaloi dan sedapp ( kami makan dekat D khas cafe ) ni memang berbaloi makan. Dah laaa sedapp !! )

Aktiviti luar : πŸ’™πŸ’™πŸ’™πŸ’™πŸ’™
Macam biasa kalau mai Langkawi tak sah kalau tak naik cable car. Kami ambik pakej include sekali Skycab, Skydoom, 3D art museum & Skyrex (tutup pergi baru ni)
Kami pergi makan Laksa Ikan Sekoq dekat jalan airport. Harus pergi sini. Macam-macam menu. Kami makan laksa, mee rojak & yang ABC kelapaπŸ˜† Kami tak jalan mana lagi dah sebab anak-anak dah bising nak terjun kolam.

Aktiviti pantai : πŸ’›πŸ’›πŸ’›πŸ’›πŸ’›
Ni paling loveee sekali. Sebelum pergi Langkawi memang hati nak sangat naik payung terjun yang boat tarik dari bawah ( halah nama dia taktau apaaa dah lupaa ) nanti tengok gambar dekat bawah. Macam-macam lagi boleh main dekat pantai tu. Pantai dia cantikkk.

Check out : πŸ’œπŸ’œπŸ’œπŸ’œπŸ’œ
Tak lamaa hanya 5min sajaaa. Rasa tak puas stay 3h2m sahajaa. Lepas ni mesti repeat lagiii. Staff semuaaa terbaikkk.

Next time ada rezeki nak stay lama sikit sebab tak sempat nak pergi Island Hopping πŸ₯΄

Penulis:Β Isla Achu
Sumber:Β Group Hotel Review Malaysia

CutiMana