Search
Search
Review Hotel | Lost World Glamping

Review Hotel | Lost World Glamping

LOST WORLD GLAMPING

Check in : 17 Jan 2022
Check out : 18 Jan 2022

Rate : RM950 with breakfast for 4
Entrance water park, entrance hotspring, 1 BBQ set. 2 single bed and 1 Queen bed. Jadi kita boleh mandi untuk dua hari berturut2 sampai ke malam. Tu special sikit Glamping ni. Dan boleh kluar masuk theme park. Contoh nak pergi makan tomyam ke, McD ke boleh keluar masuk.

Check in time : 1pm
Tak ada guest time tu jadi diorang bagi je terus letak barang dalam camp dan pilih nak duduk khemah mana satu. Sebab time tu semua khemah tengah kosong

Check out time : 12pm
Tapi barang still boleh simpan kat storage reception Advanture Park @ Glamping Park)

*Check in & check out 5 ⭐

1st step dah sampai kat Hotel Lost World bagitau receptionist tempah Glamping and serah voucher atau apa2 yang korang ada. Nanti diorang akan call bahagian Glamping Lost World untuk pick up kita kat hotel dengan buggy. Dalam 10 minit macamtu buggy sampai. Tapi sy tuggu tak sampai 10 minit. Dalam 7-8 minit macamtu je. Lepas tu buggy akan terus hantar kat reception Glamping. Check in kat situ. Diorang akan guide tentang Glamping kat situ dan boleh book BBQ time. Sebolehnya awal skit BBQ pun ok. Kami ambik pukul 7pm. Sebab dalam pukul 8 pm nak ke Hotspring plak. Keesokan harinya kami check out pukul 12 tengahari. Tapi malam dalam pukul 10.30 malam baru keluar dari theme park. Kira tiket theme park 2, dan Hotspring 2 per person. Memang berbaloi la. Mandi smpai lebam.

* Glamping πŸ’–πŸ’–πŸ’–πŸ’–πŸ’–
Khemah agak besar. Muat untuk 2 katil single dan 1 katil Queen. Ada 4 towel, almari, 2 kipas angin. Ruang cukup untuk solat dan letak barang2. Ada meja dan kerusi kat luar untuk rehat2 sambil menikmati pemandangan tasik. Wahh. Ni memang port best nak chill2 dengan family.

*Kebersihan glamping ❀️❀️❀️❀️❀️
Saujana mata memandang. Nak cari sampah pun susah. Rajin staff Glamping ni.

*F&B sedap ❀️❀️❀️❀️
BBQ set nasi goreng sedap sangat. Lasagna pun sedap. Cuma ikan agak dry. Kalau juicy skit memang perghh terbaik la. Anak2 suka mashmallow bila dibakar. Sampai crew Glamping tambah lagi mashmallow dan nasi goreng. Breakfast pun sedap. Suka bihun goreng dia, mee kari. Choice tak banyk sangat tapi still kenyang la. Semua staff yang sendukkan. Kita ambik pinggan dan mangkuk je. Nanti diorang serve.

*Staff πŸ’–πŸ’–πŸ’–πŸ’–πŸ’–
Kalau anugerah staff terbaik rasanya boleh bagi kat diorang. Semua peramah2, layan guest dengan baik. Nak ke sana ke sini bagitau je diorang hantar dengan buggy. Sampai pukul 1 pagi pun budak Acap kata kak nak lepak dgn family lagi pun tak apa. Nanti saya hantar diorang balik hotel. Time nak main kayak pun diorang kata kak nak main, boleh je. 2 tiga kali pun tak apa. Kalau korang ada rezeki lebih bagi la tips kat diorang. Sebab diorang baik sgt2. Especially Acap thanks ya sudi layan karenah guest yang pelbagai niπŸ‘πŸ™πŸ˜˜

Keseluruhannya sangat puas hati, berbaloi & highly recommended. Bagi yang nak cuba aktiviti berkhemah boleh try Glamping ni. Rasa selamat dan selesa la sikit. Sebab saya nak berkhemah sendiri tak pandai. Lagi2 dengan anak2. Ni diorang dah siap set up. Kita bawak pakaian je. Bagi saya ni pengalaman baru sebab biasa stay kat hotel selesa dia sangat lah lain. Hotel ada toilet dlm bilik, ada aircond, TV bagai. Ni memang ala2 camping. Rasa adventure skitπŸ˜€.

Personal rating nak bagi 4.9/5⭐

Note : Pakej ni saya ambil masa promosi Disember 2021. Sekarang dah tak ada pakej RM950 free BBQ. Harga mungkin dah berlainan sekarang. Kalau nak boleh add on masa sampai kat Glamping. Saya ambik pakej guna pakej dari travel agent #Kakijalan. Boleh check Instagram diorang. Sangat membantu dan mudah. Cuma kadang2 diorang lambat respons sikit sebab mungkin ramai customer. Tapi diorang still respons. So kalau nak dapat harga murah boleh intai2 pakej kat kakijalan. Memang puas hati. πŸ‘πŸ˜Šβ­β­β­β­β­

Maaf 1st time review. Kalau ayat berterabur sorry yeπŸ™ TQ admin. Harap review ni dapat membantu kalau korang yang nak cuba Glamping. WaterPark sy tak review la ye sebab nanti berjela2 pulakπŸ˜…

Penulis:Β Ainee Omar
Sumber:Β Group Hotel Review Malaysia

CutiMana