Search
Search
Hotel Review | Pelangi Beach Resort & Spa

Hotel Review | Pelangi Beach Resort & Spa

PELANGI BEACH RESORT & SPA LANGKAWI

2-5 Jan 2021

Pelangi Beach Resort & Spa, Langkawi ni terletak di Pantai Cenang, Langkawi. Lebih kurang 15 minit dari Langkawi Airport (naik grab RM10). Walaupun terletak di Pantai Cenang, suasana tak crowded sebab resort ni duk kat hujung. Setiap kali datang Langkawi memang stay kat Cenang, cuma 1st time booking resort ni.

LOBI ⭐⭐⭐⭐

Check in pukul 3.00 pm / Check out pukul 12.00 pm

Luggage semua di sanitize sebelum masuk. Daftar ikut SOP di living area Lobi. Tak perlu pergi kaunter. Banyak borang nak kena isi terutamanya declaration kesihatan setiap orang. Sejuk sikit bila ada welcome drink. Untuk deposit hotel request RM200. Selesai daftar, naik buggy dan mereka hantar sampai depan pintu bilik.

BILIK ⭐⭐⭐⭐⭐

Bilik kat sini semua konsep chalet. Kami booking bilik Garden Terrace (King) aras bawah. Harga satu malam RM330, masa ni ada promosi EXCLUSIVE CUTI-CUTI MALAYSIA! (ECM). Kalau bukan promosi, harga dalam RM600++ kalau tak silap. Disarankan booking terus dengan web hotel untuk harga yang lebih murah (masukkan code ECM utk promo).

Apa yang kami dapat lagi dengan harga ni, Free on-site parking, Free Wi-Fi, Daily Buffet Breakfast for 2 persons, Daily MYR30.00 Credit for Food and Beverages, Free 1 set dinner for 2 adult and 2 kids. Bilik luas ada balkoni dan bathroom pun luas.

FOOD ⭐⭐⭐

Sarapan sedap, café yang luas tepi pool. Untuk yang tak ambil pakej breakfast, harga RM40 adult dan RM20 utk child. Cuma dalam keadaan new normal, sarapan ada staf tolong ambilkan walaupun buffet, tak boleh cedok sendiri. Kepelbagaian pun kurang dan tak banyak pilihan mcm hotel 5 star lain. (tapi hot latte sedap, rendang kambing pun sedap👍🏻).

Untuk dinner kami dapat 1 dinner set free. Ada 3 pilihan, masakan Thai, Chinese Food atau Malaysian Food. Kalau walk in, harga set dinner Thai RM99, Chinese RM79, Malaysian RM59.

Ada jugak BBQ Dinner tepi laut. Harga RM120 adult & RM60 child.

Kami juga dapat RM30 credit untuk In-room Dining Service setiap hari. Boleh la order makanan dalam range harga RM30, kalau lebih bayar masa chek out.

Sedap Chef Deen masak, dia kata dia mamu Penang.

STAFF ⭐⭐⭐⭐

Semua staf sangat friendly dan banyak membantu. Tukang sapu pun baik sapa tetamu bila jumpa. Paling bagus staf yang bawa buggy sbb byk berurusan dgn depa, sabar je layan karenah kami. Sat2 call buggy mai bilik, tertinggal barang kt bilik pon minta buggy. Kesian jugak, rasa mcm nak bawa sendiri je buggy tu 😁. Kadang2 jalan kaki je sambil menikmati keindahan resort.

Kat sini mcm safety, sbb nampak guard meronda sentiasa guna basikal di sekitar resort.

KEMUDAHAN ⭐⭐⭐⭐

Ada dua pool di lokasi berlainan. Dua2 pool ada untuk dewasa dan kanak2. Cuma pool utama besar sikit dan lebih banyak permainan untuk kanak2. Resort ni tepi laut, boleh santai-santai petang dengan view yang menarik. Anak2 pun boleh nak mandi laut dan main pasir. Banyak lagi kemudahan lain macam gym, spa, petting zoo dll.

SOP kat sini alhamdulillah, sangat ok. Semua di sanitize sebelum guna termasuk bilik. Orang pun tak ramai walaupun bilik fully booked, sbb semua duk rehat dalam bilik rasanya. Nak jumpa org ramai pun time breakfast dgn kat pool ja. Pantai pulak hujung sekali, jadi petang2 tak ramai orang, takat penginap sahaja.

Overall, this is the best hospitality yang pernah saya dapat dan berbaloi dengan harga yang saya bayar. Kalau betul2 nak bercuti dan rehatkan minda, ini pilihan resort terbaik dengan kid friendly. Memang plan datang kali ni tak nak keluar resort dan anak2 seronok kat sini.

Recommended ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️

Kredit : Dhya Aryan

CutiMana