Search
Search
Review Hotel | Hello Kitty Kawaii Home

Review Hotel | Hello Kitty Kawaii Home

Syurga pencinta Hello Kitty dan Pink! 💝💝

Date : 18-19Dec 2021 (ya betul, sehari sebelum banjir besar Selangor 😣)

Lokasi : Hello Kitty Kawaii Home, Desa Green service Resident, KL

Harga : RM195 / night

Deposit: Rm200

Type : Apartment di tingkat 8, ada 2 bilik tidur, 1 bilik air.

Kapasiti : kami ada 7 dewasa & 2 budak.

Kemudahan: sofa bed di living hall, mesin basuh, balkoni, pinggan mangkuk, electric stove, microwave, set teapot HK yang kiuttttt!

Cara check in: self checkin (details diberi dalam wasap)

Platform: direct booking owner. Tapi saya tahu homestay ni daripada booking.com.

EXTRA EXTRA: -disediakan board games Hello Kitty dan Jenga Hello Kitty jugak. Superb!

-Swimming pool di level G dan ada 3 jenis iaitu pool kanak-kanak, pool dewasa & jakuzi pool.

-Dobi berbayar &vending machine di level G jugak – taman permainan di level G jugak. Boleh tengok gambar2 saya sertakan ye.🥳

Pilihan homestay kali ini bertujuan nak bagi anak sulung happy-happy dapat holiday bersama atuk nenek dari Perak setelah PKP sekian lama. Makanya dah tentulah rumah yang ceria dan mengikut tema kesukaan anak iaitu PINK & HK. 🥳

Dekorasi rumah memang segala galanya berkenaan Hello Kitty lah. Anak memang teruja sangat bila bukak je pintu rumah terus nampak wallpaper HK disana sini. Melompat explore satu rumah terus hahah. Memang rasa berbaloi sangat tengok muka anak yang teruja sampai tak nak tido tu 😁🥳

Swimming pool buka dari 8am-7pm. Kami enjoy mandi lepas sarapan sebab tak ada org lain pun. Tiga pool tu kami je conquer. Kemain lagi ala mat salleh ada morning swim eh! Hahahahah. Boleh pakai baju biasa TAPI sebaiknya pakailah swimming attire. Bersama sama kita jaga kebersihan dan sistem tapisan pool ye? 😁🥳

Manager homestay sangat peramah & mudah untuk deal. Saya inform last minit mintak checkout lambat jam 2pm pun tak ada masalah. Dia terus reply. Dan dia juga rajin bertanya ada masalah ke happy ke tak. Bagus servicenya 👍🏻🥳

Parking mudah je sebab dekat blok yang sama cumanya ada caj RM10/entry. Bukan free parking ye. Lepas bayar parking baru guard bagi kad parking dan nombor petak parking.

Cuma – 1 ⭐️ untuk TV sebab masa kami stay sana, TV dia pening lalat. TV tu ada android box, youtube smua lah tapi asyik hang lepastu tukar channel ikut suka hati haha.

Overall saya bagi 4⭐️ / 5. Anak happy, mak ayah happy, atuk nenek happy, everyone happy 🤣Sekian. Kot belum dapat ke Barbie Room di Grand Hyatt, booking la ke sini dulu. Amat berbaloi pada saya dengan harga sedemikian. Semua kemudahan asas pun ada lengkap. Nak makan order grab or shopee food aje. Bak iklan Mastercard, happiness? Priceless!

Penulis: Fatien Atiqa
Sumber: Group Hotel Review Malaysia

CutiMana