Celebrate 5th wedding anniversary at The Banjaran Hotsprings Retreat, Ipoh Malaysia
Room type : Garden Villa inc breakfast for 2 pax
Rate price : RM2800~RM4300/night (depend on season)
Check-in & Service (5/5)
-Ketibaan kami disambut oleh 3 orang staff dari carpark lagi dan staff amat-amat membantu dan meraikan kehadiran kami. (Kalau dari carpark pun dah dapat layanan macam tu so anda pun dah boleh imagine macam mana kan..memang worth it la dengan apa yang anda dah belanjakan)
-Time kami check in pukul 2 petang dan bilik dah ready. Semasa proses check in kami dihidang kan “welcome drink” dan dibekal kan tuala suam.
-Check in deposit RM400 macam biasa la tapi refundable -So kami di bawa ke bilik menaiki buggy & sepanjang perjalanan ke bilik, kami dibawa ronda2 dulu dan diperkenalkan tempat-tempat disitu.
Fasility (5/5)
-Villa kami terletak bersebelahan Pamelo. So memang dekat la dengan fasiliti yang lain (Dr Fish spa, Hot dipping pot, foot spa, cristal cave, meditation cave, jeffs cellar dll)
Cleanliness (5/5)
-Tahap kebersihan memang terbaik
-Private pool di villa kami memang bersih. Sehelai daun pun tade dipermukaan kolam. So yang lain tak perlu disangkal lagi la
Breakfast (5/5)
-Untuk pakej villa kami, kami boleh pilih untuk breakfast di bilik atau di Pamelo dan kami memilih untuk breakfast di Pamelo sebab nak jalan-jalan sambil cuci mata
Privacy (5/5)
-Memang amat sesuai untuk mereka yang nak honeymoon sebab children not allow
Check-out (5/5)
-Checkout pun teratur dan tenang je.
-Sewaktu check out kami diberi cendera mata dari hotel sebagai tanda kenang-kenangan.
Conclusion:
-Memang nak repeat lagi tapi tak tau la bila lagi sebab anak-anak tak boleh bawak
Penulis: Mohd Azad Rasdi
Sumber: Group Hotel Review Malaysia