Search
Search
Review Hotel | The Everly

Review Hotel | The Everly

Hotel : The Everly, Putrajaya
Harga: RM 142.97 (Inc breakfast 2 pax) Agak murah juga harga yang aku dapat di Agoda πŸ˜…
Tarikh: 3 Jan 2022
Deposit : Tiada

Hotel pembuka bagi tahun 2022. Disebabkan ada urusan di Bangi, sebelum balik Melaka tu, aku menyinggahlah di sini dulu. Banyak dah yang review hotel ni, jadi kali ni dari sudut pandang aku pula. Teruskan baca.

KEKURANGAN:
Pertama sekali, maaf kalau pihak hotel tersinggung. Sekadar ulasan jujur untuk penambahbaikan. 😍😭Masa nak parking tu, aku keliru sebabnya luar pintu parking di B1 dan B2 tu tulis KELUAR. Jadi, aku terus memandu turun sampaiiiiiiilah ke loading bayπŸ˜†. Rupanya pintu yang tulis KELUAR tu tempat masuknya. Tersalah pasang atau aku salah pandang ya? πŸ˜…πŸ˜­
Masuk-masuk je, bilik agak bau kepam karpet. Berkerut dahi aku. 😡

KELEBIHAN:

😍Front desk sangatlah peramah dan membantu. Yang berurusan dengan aku tu namanya Wendy. Aku sampai lebih kurang pukul 1, alhamdulillah dapat masuk awal sebab ada bilik kosong. Terima kasih Wendy!
😍Bantal banyak! Tilam dan bantal yang selesa! Tak cukup di katil, di sofa pun ada lagi 3 bantal kecil.
😍Walaupun bilik aku aras 2 je, tapi pemandangan dari bilik agak cantik, menghadap tasik. Seronok sambil layan WhatsApp atau call, baring-baring tepi tingkap tengok view! Nice!
😍Sarapan not bad (standard sarapan hotel lain). Yang penting ada mesin kopi segera. Kalau walk in, harga sarapan RM30 per pax. Oh ya, aku suka Omelette kat sini. Bentuknya sekata dan yang paling penting memenuhi cita rasa aku iaitu garing di luar tapi lembut di dalam. Tahniah!
😍Peralatan bilik air lengkap dengan berus dan ubat gigi, body lotion dll.
😍Pool juga menarik! Menghadap tasik!
😍Semestinya orang selalu sebut tentang lokasi hotel ni yang berada di sebelah Alamanda. Jalan kaki tak sampai lima minit!
😍 Nahhhhh.. Aku nak puji pakcik yang jaga lif tu. Ya Allah, masa nak check out, ada simulasi uji loceng kebakaran kalau tak silap aku. Jadi, lif ke parkir ditutup. Maka, guest perlu turun tangga. Nak dijadikan cerita, kaki aku sakit. Nak turun tangga susah dengan beg yang agak berat. Jadi, pakcik tu tolong bawa sampai ke laluan ruang parkir. Tak cukup dengan tu, siap ucap “Maaf” berkali-kali sebab isu lif tu. Aiyoo, aku pula yang serba salah πŸ˜…. Terima kasih pakcik. Wajar dapat anugerah pekerja contoh!
Rasanya tu saja yang aku nak ulas. Insya-Allah boleh repeat lagi ni. Sekian, terima kasih.
Ayuh, tengok gambar!

Penulis: Fikri Fiq
Sumber: Group Hotel Review Malaysia

CutiMana