Search
Search
Review Hotel | Tasik Villa

Review Hotel | Tasik Villa

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih admin untuk approval. Dah ada review terdahulu bagi Tasik Villa PD sebelum.ini, namun saya kongsikan sedikit pengalaman bercuti di sini.

~Tasik Villa International PD~
♦️ Check in date 10/3-11/3/2022 (weekday)
♦️ 2 Room Villa – RM520 + RM10 booking fee (thru Agent)
Depo RM200 refundable

Saya ringkaskan review di Tasik Villa International PD :

1. Harga sangat berbaloi dengan penginapan utk 2 room villa with private pool.
2. Room Amenities – Face&Hand towel, selipar dan private pool towel tidak disediakan. Bagi saya tiada masalah masih berpadanan dengan harga yang dibayar.
3. Bilik dan lantai bersih. Sangat puashati. Cuma mula2 masuk ada bau sedikit. Mungkin sebab pengudaraan. Saya bawa diffuser sebab ada terbaca review dari salah seorang sahabat group sebelum ni.
4. Terdapat living hall dan pantri. TV tidak disediakan di living hall, ianya disediakan dikedua2 bilik.
5. Saiz katil di master bedroom extra super king. Sangat2 besar, setakat ni saya rasa katil di sini paling besar, kalah katil super king di Mangala dan Royale Chulan Cherating😁. Sangat puashati. Cuma bantal yang disediakan hanya 2 sahaja.
6. Persekitaran dan pemandangan hotel dan tasik sangat cantik. Sesuai bagi yang suka bergambar.
7. Kemudahan rekreasi pelbagai ; atv, paddle boat, bikes, tandem bicycle, games dan lain2. Bagi yang ada voucher jangan lupa claim 20% discount. Diskaun tersebut hanya untuk sewaan fasiliti pertama sahaja.
8. Fountain show jam 9.00pm – 9.15pm sahaja. Saya tak berkesempatan disebabkan terlewat balik dari makan malam. In shaa Allah moga direzekikan untuk next visit.
9. Breakfast dihantar ke bilik. Room service disediakan cuma semuamya dalam bentuk packing food. 1st experience untuk saya. Rasa sedikit janggal minum kopi dalam cawan kertas untuk in room service .😚
Jangan lupa claim 20% voucher untuk fnb. Saya terlupa dan dah tak boleh claim masa checkout sebab bilnya dah dicaj.

Keseluruhannya saya bagi 5 bintang ⭐⭐⭐⭐⭐ untuk Tasik Villa International PD.

In shaa Allah ada rezeki akan berkunjung lagi ke sini.

Terima kasih admin.

Penulis: Zarina Kamarozaman
Sumber: Group Hotel Review Malaysia

CutiMana