Symphony Suites Hotel, Ipoh
Date check in 15/1/2022
Date check out 16/1/2022
Booking : Direct whatsapp hotel, redeem voucher shopee
Harga : RM200 inclusive breakfast (setelah tolak voucher Motac & coins, saya cuma bayar RM78)
Jenis bilik : Deluxe suite twin
(request deluxe king, tapi dapat twin, request tukar tak dilayan )
Extra bed : RM65 include breakfast
Dapat extra meal voucher, guna untuk breakfast anak umur 7 tahun
Check in smooth jer, sebab tak ramai orang
Check out, just pulangkan kad jer
Deposit : Tiada
Parking : Banyak pilihan, open parking depan hotel or covered di tingkat 2 & 3, tingkat 3 ni kalau kereta panjang memang tricky sikit nak naik.
Parking hotel ada guard jaga di waktu malam
Swimming pool : Tiada
Bilik besar, bersih & selesa untuk family with growing children. Bilik berkarpet tebal, selipar bilik ada di sediakan. Selimut & bantal bau wangi je, termasuk extra bantal yang kat dalam wardrobe. Ada sliding antara ruang sofa & bedroom. Dah tambah extra bed pun, masih ada ruang lagi. Toilet ada dua, dalam bilik tidur & di luar, tapi shower ada satu jer dalam bilik. TV pun ada 2, siaran basic jer. Basic facilities macam mini bar, kettle, coffee & tea set, iron & ironing board, safety box ada disediakan.
Housekeeping yang hantar extra bed saya bagi 5, baru masuk bilik, dia dah sampai dengan katil extra tu
Breakfast : Agak banyak juga pilihan & sedap2 jugaklah, nasi lemak sedap, both of us (me & my daughter) rasa menyesal pulak ambil sikit sangat sambal sebab takut pedas (nak ambik lagi dah malas ), teh tarik pun sedap. hahaha. I rasa overall makanan breakfast sedap walaupun menu biasa jer mcm nasi lemak, kuetiaw sup, kuetiaw goreng
Hotel ini sesuai sangat sebagai tempat persinggahan untuk ke tempat2 menarik area Ipoh selatan. Kami dari Gua Tempurung, hanya 30 minit sahaja untuk sampai ke hotel. Sebelah malam kami ke Hotspring di Tambun, jarak dalam 10km. Sebelum balik, kami singgah di Gua Kek Look Tong, lebih kurang 5km if not mistaken. Tasik Cermin pun dekat jer, dalam 3km.
Kedai makan pun agak dekat, tapi macam tak ada yang walking distance. Overall memang puashati, kecuali bab pilihan bilik jer. Dah book king, tapi dapat twin. Bila call reception, katanya akan call balik. Sampai kesudah tak call Dah petang kami pun dah nak keluar ke Hotspring. Actually saya ok jer kalau dah tak available, tapi janji nak call tu, at least courtesy call to say sorry pun ok.
Rating : 4
Repeat? Yes
Penulis:Β Mila Kamila
Sumber:Β Group Hotel Review Malaysia