Search
Search
Review Hotel | Swiss Garden Beach Resort

Review Hotel | Swiss Garden Beach Resort

Swiss-Garden Beach Resort Kuantan

Swiss Garden Beach Resort Kuantan

1st time nak bagi review sepanjang dok staycation tak pernah dapat bad experience macam ni.

Bilik : Executive suites RM800++ per night
Date check in : 26.2.2022
Date check out : 27.2.2022

Bilik macam dalam gmbar tulah. Ada 1 hall & 1 bedroom. Sorry gambar bilik dari google sebab geram sangat nak upload pic sendiri pon tak ada hati.

Kalau tengok dekat Agoda bilik ni untuk 2 child 2 adult & bilik ada sofa kat hall. Sofa yang dah rasa kayu bila duduk & 1 double bed. Child 5-12 stay for free with existing bed.

Jadinya saya request extra bed. Reception bagitahu RM100 untuk extra bed. Then saya cakap ok. Lepas tu diorang call bagitahu untuk suites tak boleh tambah extra bed. Tak tahulah apa rational nya.

So saya mintak extra pillow & blanket. Tak kan lah kami nak tidur semua atas katil double bed ni. Kalau anak umur 4y below boleh la nk susun atas katil ni. Ni kalau 2 child yang umur 11y n 8y dengan laki bini nak kena tidur melintang susun rapat2 atas satu katil ke macam mana? Patut dia tulis 2 person only!!!

Extra pillow & blanket pon tak boleh request . Towel diaorang sedia kan 2. Untuk extra just boleh mintak 1 je. Padahal dental kit ada 4 diorang sediakan so memang bilik untuk 4 orang la kan? So towel tu memang kena gilir lah. Yang towel ni ok je sebab memang ada bawak. Yang tak boleh nak bagi extra pillow & blanket ni rasa geramnya. Nak suruh anak saya tidur atas lantai tak payah selimut semua ke? Dah bertekak diaorang hantar la 1 pillow 1 blanket.

Ingatkan habis kat sini..

Dah check out kitaorang g makan celup tepung. Hotel call bagitahu nak charge extra RM300 untuk sampah ūü•ī Silapnya tak ada pulak kitaorang ambil gambar bilik masa nak keluar tu. Sampah yang kitaorang tinggal tu dah ikat dalam plastik. Letak sebelah bekas sampah kecik tu bawah meja. Mana nak muatkan bekas smpah hotel tu dengan polisterin makanan & ada lagi 1 sudut kitaorang ikat jugak plastic sampah kumpul kat situ & meja kopi depan tv ada plastic air teh & ada icing kek yang kitaorang dah lap. Bukan tinggal bilik sepah2. Nak expect apa? Nak expect bilik tu bersih & kemas macamana masa check in ke??

Spoiled mood nak makan celup tepung pun. Cakap kat diorang ok u boleh proceed charge tapi kiteorg nak black & white resit semua & terms & condition yang menyatakan memang kitaorang patut di caj mcm tu. N kitaorang memang akan report ke tribunal benda ni. Sebab tak logik sangat. Sofa swmua di kedudukan asal. Tak ada benda yang rosak. Just sampah pon bukan la banyak menggunung. Polisterin dinner n bekpes pagi tadi je kot. N atas meja kopi anak saya ada letak coklat m&m dalam mug tu jeeeeee!!!

Lepas tu diorang call balik bagitahu tak jadi charge sebab salah dari pihak hotel. Dia cakap dia tak pergi check pun bilik. Just dengar housekeeping cakap banyak sampah. Bila dia g tengok dia cakap salah pihak hotel tak sediakan plastic sampah yang mencukupi & dustbin pun kecik. Dahhh takkan duduk hotel kita nak kena bawak plastic hitam & kemas bilik macam asal sebelum keluar pulakkk & diorang cakap akan improve benda ni.

Dahtu kalau kitaorang ni jenis tak fight. Ikut je. Bayar jela eh RM300 tu?? Dah berapa orang yag kena sebenarnya? RM300 untuk buang sampah tu je? Kalau saya patah balik dalam masa 5 minit saya boleh settlekan sampah2 tu. Ni sampai 300 nak kena bersih kan smpai macamana tu?? Memang 1st & last tobat taknak pergi dah.

Celup tepung yang kitaorang order pon tak lalu nak makan terus tapau je. Spoiled holiday dapat hotel cmni.

Oklah sekian tu pengalaman saya. Yang dapat good experience kat sini alhamdulillah rezeki korang. Kitaorang serikkk tak berbaloi dengzn apa yang dibayar.

Ada yang nak tengok gambar sendiri tu saya letak 2 keping gambar sendiri. Kitaorang tak ada nak komplen pasal bilik walaupun bilik biasa2 sebab kitaorang check in last minute. Pukul 12 booked. Petang tu masuk. Sabtu & school holiday peak season. Sebab tu harga dia sebegitu kot. Tak ralat nak bayar kalau service ok. Ni serba serbi berkira dah kenapaaaaa???

Penulis: Siti Diliyana Mohd Daud (Diliey)
Sumber: Group Hotel Review Malaysia

CutiMana