Search
Search
Review Hotel | Renaissance Hotel

Review Hotel | Renaissance Hotel

Hello again. My next 3 days 2 nights staycation selepas Marriott Miri Resort and Spa hari tuh dan setelah sampai Johor, terus pi Renaissance Hotel JB. It was a very comforting stay. Next time boleh pergi lagi.

1. Daftar Masuk
As swift as angin berlalu pergi, senang je. I ambik government rate (suprisingly murah RM180 ish pernight) sekali dengan breakfast. Di kaunter mereka mintak bukti kakitangan kerajaan. Takda deposit. As Marriot Elite members, hotel bagi choice as welcome gifts, so I choose dried fruits and nuts bersama orange juice. Sampai bilik, mereka hantar lagi buah2an dan cokelat. Hospitality mereka the best!!

2. Bilik
Katil selesa, cuma bantal mereka soft sangat, kena lapik 3 bantal baru ngam. Takda pillow menu. Ini purely my preference and ada yang suka bantal yang lembut2 gini. Toilet pun luas, amenities dia dari Tokyo Milk, best sangat sebab wangi. Bilik Renaissance JB memang sesuai bagi yang nak lepak2 dalam bilik and tak keluar pi mana2.

3. Breakfast
Part yang paling suka, ada fresh fruit juices!! Fresh giler!! Yang lain seperti biasa, ada nasi lemak, mee, western, panckake and egg station. Yg best jugak for breakfast, ada satu section utk pastries je!! Rambang mata!! Semua sedap. Breakfast start jam 6.00 sampai 10.30. Kalau yang tak ambik breakfast dengan bilik, harga breakfast RM60.

4. Wan Li Restaurant Tempat faveret makan halal dimsum di JB, unlimited order dimsum. Sedap sgt2 and perlu cuba tau. Harga RM68 saja. Usha la gambar2 saya k.

5. Renaissance Marriot ClubClub Marriot discounts or coupon tak laku disini. Mereka ada loyalty program mereka sendiri, harga RM600 ish, dan dapatlah discounts mcm Marriot Club tp boleh guna di Renaissance JB je. Tak menarik sangat sebab tak boleh guna kat Renaissance KL or tempatt lain.

6. Gym dan Swimming Pool
Gym buka dari 7 pagi sampai 10 malam dan swimming pool dari 7 pagi sampai 7 malam. Gym complete dan selesa. Swimming tak pi, sebab bebudak ramai kalau waktu petang menjerit2 keseronokan. So, kalau nak mandi waktu aman pada tenghari bawah terik matahari atau awal pagi.

7. Overall9 / 10.
Boleh datang lagi kalau nak staycation santai2 kat hotel. I’ll be back!!

Penulis: Gjoy San
Sumber: Group Hotel Review Malaysia

CutiMana