Megaview Hotel, Kuantan Pahang
Date : 4 – 5 Feb 2022 (1 malam)
Booking : Agoda
Bilik : Premier Family (3 orang)
Harga : RM202.85 dengan sarapan
(harga asalnya RM266 kalau tak silap, booking bulan Dec 2021)
Check in/out sekejap jer. Saya sampai pukul 5 petang, hanya ada 2 orang tetamu yang sedang berurusan di kaunter. Hanya mengambil masa tak sampai 10 minit pun.
Tiada deposit dikenakan.
Ada welcoming drinks beserta biskut. Ada satu biskut tu sedap betul. Anak siap suruh ambik sebalang, sabor je lah (off course lah tak ambik)
Bilik bertiga, 1 katil king + 1 katil super single.
View sungai kuantan.
Ada mini bar, coffee set, kettle, TV dengan siaran terpilih Astro. Bilik ni ada bathtub, siap disediakan foam bath. Toiletnya ada cermin, so kalau anak2 mandi, boleh naikkan blind & boleh monitor anak berendam dalam tub dari luar.
Sejadah pun ada disediakan.
Iron tiada didalam bilik, ada bilik khas setiap level. Feedback dari anak, much better ada ironing room sbb terjaga, bersih dari sisa2 terbakar
Setiap tingkat disediakan penapis air jenama Coway, senang nak ambik air panas & sejuk. Tak perlu masak air untuk buat kopi.
Lif ada 2, tapi ok je. Tak perlu tunggu lama pun untuk naik/turun.
Breakfast :
Disebabkan kami berempat, anak yang umur 7 tahun tu kena tambah RM15. Tapi saya rasa tak berbaloilah, unless dah include dalam harga bilik.
Menu yang ada hanyalah nasi lemak biasa (tanpa ada lauk utama macam ayam/daging), bihun goreng, sosej, omelet, baked beans. Ada bubur kosong, tapi tak ada sup ke apa, buburnya pulak dah keras. Tak ada station untuk mi/bihun sup. Kuih ada puding jer satu jenis. Buah, tembikai sahaja. Roti & cereal pun ada. Minuman ada coffee & tea, yang sejuk ada air cordial orange & grape.
Kalau harga additional breakfast dewasa RM36 memang sangatlah tak berbaloi. Baik pergi breakfast kat luar jer.
Lokasi hotel ni memang best, pagi2 boleh jogging kat tepi sungai. Dekat sangat dengan menara teruntum. Petang or malam banyak aktiviti kat kawasan sekitar.
Parking pun banyak, open parking di hadapan & belakang hotel.
Rating : 4.5
Repeat : Yes
Penulis: Mila Kamila
Sumber: Group Hotel Review Malaysia