Search
Search
Review Hotel | Le Meridien

Review Hotel | Le Meridien

πŸ“ Club lounge access, 1 Bedroom Duplex Bi
-level Sea View Suite, 1 King, Sea view, Balcony

πŸ’°Current BAR rate: RM 485 nett with club lounge access

🏨Booked rate: RM 485 nett with club lounge access (Harga untuk 2 Malam!)

πŸŒžπŸŒƒ3D/2N Stay

βœ…End of year 2021 – January 2022

πŸ“±Booked through Club Marriott agent

πŸ“Room Size: 58sqm/624sqft (Upper Floor) – 67sqm/721sqft (Lower Floor). Total area: 125sqm/1,345sqft

πŸ’³0 Deposit (Hotel pre-authorized CC)

πŸ“Package details: Buy 1 Night at BAR Rate (Best Available Rate) Get 1 Night FreeCuti keluarga

πŸ”΅REVIEW:Kali terakhir saya menginap di hotel ini adalah pada November tahun 2021. Stay pada kali ini adalah untuk menyambut tahun baru 2022 bersama keluarga.

πŸ’³Check in 🌟🌟🌟🌟🌟Pada lebih kurang pukul 1.30 petang, saya bertanya kepada pihak hotel melalui app Chat Marriott Bonvoy jika bilik sudah sedia untuk dimasuki. Selang beberapa minit kemudian, mereka membalas ya. So tanpa berlengah saya terus menuju ke hotel untuk check-in. Proses check-in ambil masa beberapa minit saja, access card dah tersedia serta borang tetamu hanya perlu ditandatangani saja.

βœ…Lobby 🌟🌟🌟🌟🌟Ruang lobi sangat cantik dengan hiasan Krismas. Yang paling best adalah restoran utama hotel iaitu Latest Recipe telah dibuka semula!

πŸ›ŽοΈConcierge 🌟🌟🌟🌟🌟Setibanya kereta yang saya pandu di hadapan pintu hotel, staf concierge sudah sedia membantu mengangkat dan mengalihkan bagasi dari kereta.

βœ…Receptionist 🌟🌟🌟🌟Pada kali ini En. Sahril Hisham bertugas melayani saya di kaunter check-in buat pertama kali. Agak kekok juga sebab pertama kali berurusan dengan beliau tapi beliau kelihatan ok saja. Kali ini MyKad saya diminta untuk verifikasi diri. Selepas selesai proses check-in, beliau tidak pula menghadiahkan 2 mini jar berisi cookies untuk dijamah (percuma) seperti biasa dibuat sebelum ini. Mungkin beliau terlupa tapi saya pun tak ambil kisah sangat

.πŸ›οΈπŸ˜΄Interior/Cleanliness/Amenities 🌟🌟🌟🌟🌟Pertama kali mendapat Suite ini selepas upgrade memang sangat mengujakan. Biasanya upgrade ke bilik Suite Vista (Seaview) atau Urban (City View). Boleh rujuk foto yang disertakan. Saya ada special request untuk hiasan untuk birthday anak saya dan hotel menghias sedikit di bahagian katil. Pada waktu malam sekembalinya kami dari makan malam, ada rupanya surprise birthday cake diletak kat atas meja serta cookies (tak sempat gambar terus dihabiskan oleh anak-anak). Memang best terutama anak saya pun happy.

πŸŒ…View from room 🌟🌟🌟🌟🌟Saya mendapat bilik Duplex Suite (corner) secara upgrade. Pemandangan dari bilik mengadap laut sememangnya best, malah menenangkan minda terutama waktu petang sebab boleh menonton pemandangan matahari terbenam terus dari balkoni tanpa ada halangan.

🚽🧻Toilet-Cleanliness/Toiletries 🌟🌟🌟🌟🌟Malin + Goetz brand never disappoint! Bilik jenis ini mempunyai tab mandi di bahagian balkoni. Bilik air di ruang tamu bersaiz biasa manakala bilik air di tingkat atas sedikit kecil saiznya disebabkan tiada tab mandi. Namun cermin vanity berserta wardrobe terletak di antara tandas dan tangga. Mangkuk tandas memang superb! Ada suis untuk melaraskan air serta tahap hangat di tepi mangkuk tandas.

πŸŒπŸ“ΆWi-Fi / Line 🌟🌟🌟🌟🌟Great and fast, no complaints!

🍽️Food 🌟🌟🌟🌟🌟Pada kali ini bersyukur sangat sebab nampaknya operasi hotel dah hampir seperti biasa di mana sarapan dihidangkan di restoran Latest Recipe iaitu di Lobby floor. Oleh kerana stay kali ini adalah pada malam tahun baru, jumlah tetamu memang agak ramai. Tapi melalui pemerhatian peribadi, pihak pengurusan restoran dapat handle the crowd quite well. Bunyi bising tetamu bercerita dan ketawa tu memang tidak boleh buat apa. Kualiti makanan memang sedap, tapi kebanyakannya manis.Pada kesempatan bersarapan ini, saya berpeluang lagi bertemu dan menyapa Mr. Kanit Sangmookda, Pengurus Besar Hotel Le Meridien Kota Kinabalu. Beliau terus mengenaali saya, kami bercerita sedikit tentang suasana hotel dan seterusnya teruja apabila saya mengajaknya untuk selfie bersama saya sekali lagi seperti pada bulan November yang lepas.Untuk kemudahan Club Lounge pula, operasi Club Lounge bermula pada pukul 3 petang hingga 10 malam setiap hari. Manakala evening cocktail bermula pada 5.30 petang hingga 7.30 malam. Club Lounge dah kembali aman seperti sedia kala dan tatacara berpakaian pun mereka tengok juga (Tak boleh berselipar/guna singlet/dsb)Saya tak sempat menikmati evening cocktail pada malam pertama sebab ada acara dinner bersama keluarga besar namun pada malam kedua, rezeki lah sebab dapat menikmati menu seafood dan tak perlu makan malam.

πŸƒπŸƒπŸ»β€β™€οΈπŸŠπŸ» Facilities (Gym/Swimming Pool/Spa/etc.) Saya tak gunakan kemudahan ini pada stay kali ni sebab anak mandi kat bath tub balkoni pun dah cukup privacy.

πŸ…ΏοΈParking 🌟🌟🌟🌟🌟Free parking, plenty of parking lots available on level 1 of the hotel. Ada juga ruang parkir kat basement, tapi tak digalakkan sebab tiada lif ke lobi. Tapi masa malam sambutan tahun baru tu, agak susah nak dapat parking sebab ramai tetamu hotel check-in termasuk pengunjung luar nak celebrate coundown. πŸ”Security 🌟🌟🌟🌟🌟Secured, no concerns at all.

πŸ’™CHECKOUT 🌟🌟🌟🌟🌟Saya request late check-out pada pukul 3 petang dan hotel tiada masalah membenarkan. Selepas menikmati makan tengah hari di Latest Recipe dan gunakan baucer Club Marriott(Saya hanya bayar RM54 untuk makanan bernilai RM160!), saya proceed untuk check-out. Swipe CC dan semuanya selesai.

πŸ”΅OVERALL STAY 🌟🌟🌟🌟🌟 (Full 5-star)To sum it all, my family and I had a splendid time on this stay. Mungkin ada sedikit cacat cela yang rasanya taklah serius sangat untuk saya nyatakan di sini kerana hotel ni pun baru je dibuka semula dan staf baru pun sudah masuk. Mungkin perlu sedikit masa lagi untuk menyesuaikan diri dengan keperluan hotel sebegini.Bonus:Saya dan isteri sepatutnya menikmati acara countdown tahun baru 2022 yang telah ditempah dan dijadualkan diadakan di bahagian Rooftop Hotel ini. Namun cuaca tidak mengizinkan (hujan), tempat telah diubah ke aras 3 iaitu di Ballroom hotel. Sambutan taklah semeriah mana, namun cukup lah untuk diingati.

Penulis:Β Mohd Fadzil AK
Sumber:Β Group Hotel Review Malaysia

CutiMana