Search
Search
Review Hotel | Hotel Majestic

Review Hotel | Hotel Majestic

Salam & hi. Saya nak review hotel Majestic KL. Ni 1st time saya buat review. Harap info yang saya berikan dapat memberi manfaat kepada semua.

Hotel : The Majestic Hotel Kuala Lumpur

Check in : 26 Jan 2022
Check out :27 Jan 2022

Room type : Celebrate romance package.

Bilik junior suite
RM628.48 + RM100 for room decoration & 10pcs helium ballon.
Total RM728.48

Package : Include junior suite room, breakfast 2pax, dinner for 2 at Colonial cafe (5course meal), 50min spa for 2 at The Majestic Spa, 1 bottle wine/sparkling juice for muslim. Bagi saya package ni sangat berbaloi untuk meraikan birthday/ anniversary. Saya pilih package ni sempena meraikan birthday husband.

Sy book thru direct website. Pakai apps marriot bonvoy pun boleh. Boleh terus dapat point once booking.

Check in ⭐⭐⭐⭐⭐
Sangat smooth. Maybe sebab saya check in weekday so tak ramai orang. Receptionist sangat friendly and semua staf di sini juga mesra.

Room ⭐⭐⭐⭐⭐
Sebab saya ambil package celebrate romance memang dapat bilik junior suite yang sangat besar dan luas. Katil king, ada L shape sofa yang besar, bilik fully carpet and kebersihan pun saya bagi ⭐⭐⭐⭐⭐.
Bilik juga wangi.

Toilet ⭐⭐⭐⭐⭐
Toilet shower n bathtub separate. Dan yang paling best ialah bathub yang besar & ada tv. Sesuai untuk anak2. Sambil mandi boleh layan kartun. Toilet aminities seperti sabun, shampoo losyen brand Mangosteen yang sangat2 wangi. Tapi sqya agak kecewa kerana tidak boleh membawa balik sabun & shampoo kerana mereka menggunakan bekas yang attach di toilet. 😔😔

Spa ⭐⭐⭐⭐⭐
Saya dan suami sangat berpuas hati dengan service di The Majestic Spa. Bagi yang ambil package ni sangat berbaloi kerana harga spa without package ni untuk seorang berharga RM300. Boleh cek harga di website. Staf semua friendly dan sangat menjaga sop.

Dinner ⭐⭐⭐⭐
Untuk dinner bertempat di Colonial cafe. Cafe ni sangat cantik. Sesuai bagi yang suka bergambar. Dinner kami ditemani oleh muzik saxophone yang sangat romantik. Tapi dari segi rasa makanan tidak menepati citarasa saya dan suami. Menu ikan dan ayam tidak fresh dan terasa frozennya. Untuk itu sy hanya bg 4⭐ sahaja. Dessert cantik tetapi rasanya biasa2 saja.

Breakfast ⭐⭐⭐⭐
Sebelum ini saya ada terbaca review yang breakfast di sini tidak begitu memuaskan. Ya saya setuju kerana bagi saya breakfast di sini tidak mencapai standard 5⭐ hotel. Pilihan menu tidak banyak. Dan nasi lemak sambalnya pedas dan dessertnya juga rasa biasa2 sahaja. Yang best cuma kita boleh order unilimited coffee. So boleh la order cappucino and latte banyak kali.

Pool ⭐⭐⭐⭐
Pool di sini biasa sahaja dan bagi saya tidak berapa kids friendly.

Parking
RM15 per entry.

Di sini banyak tempat2 menarik dan sesuai utk mereka yang suka bergambar dan berootd. Seperti Truefitt & Hill barber shop, Orchid Conservatory (tapi tak boleh masuk & saya pun tak bertanya mcm mana nak masuk) 🤭 Sangat cantik bunga2 orchid saya ambil gambar dari luar sahaja.

Overall saya dan suami amat berpuas hati. ⭐⭐⭐⭐⭐.
Definitely will repeat again.

Penulis: Fatin Rimaton
Sumber: Group Hotel Review Malaysia

CutiMana