Search
Search
Review Hotel | Hotel Hilton

Review Hotel | Hotel Hilton

Hilton Kuala Lumpur

Purpose: Birthday staycation kawan sambil2 collect bonus points***

Tarikh: 10 Jan – 11 Jan (1 night)

Type of room: Twin Deluxe Plus (upgraded from Deluxe)

Harga: RM300++ without breakfast (free breakfast for Honors Gold)

Booking platform: Hilton Honors

Jika sebelum ni saya review berkenaan Le Meridien Putrajaya (under Marriott), kali ni saya review pula hotel under competitor dia iaitu Hilton.

Check-in: ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️
Since it’s weekday dan tak busy, check in cepat je tanpa beratur. Siap boleh borak-borak dan sempat request Executive Lounge access. Staff sangat friendly dan request for lounge access pun diberikan hehe. Deposit rm200.

Bilik: ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️
Asalnya book bilik jenis Twin Deluxe. Tapi based on member status, diberikan upgrade ke Twin Deluxe Plus. Nama Deluxe Plus tu adalah sebab saiz dia lebih besar berbanding Deluxe. Luas dan layout dia menarik sebab dia terletak di penjuru bangunan. Ada sofa kecik di tepi tingkap untuk santai2 selain work desk untuk buat kerja. Lepas masuk bilik, tak lama staff datang bawakan complimentary cake (request thru Hilton apps) & amenities (kacang).

Bathroom: ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️
Luas jugak dengan bathtub yg besar terletak di tepi tingkap. Cuma sliding door dia tak boleh kunci, jadi kena beringat. Tambahan pula tak tutup rapat, but since dengan best friend tak kisah sangat pun. Tapi maybe ada orang akan cerewet sikit pasal ni.

Executive Lounge: ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️
Lounge yang selesa dan luas dengan view pemandangan taman tasik perdana + traffic jam kat Mahameru hehe. Masa pandemik ni, Lounge bukak with limited service (12pm-8pm) berbanding normally dari pagi sampai lewat malam. So hanya sempat pergi masa Evening Aperitif (instead of cocktail). Staff sangat professional and friendly, masuk2 je terus greet. Terbaik! Makanan ada few choices dengan konsep assisted buffet (staff ambilkan, just order je). Drinks pun boleh order from tea/coffee, soft drinks, juice, sehingga lah yang keras-keras hehe.

Breakfast: ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️
Great breakfast service, lagi2 dengan suasana aman tenteram musim-musim tak busy ni memang best. Sekali lagi konsep assisted buffet kat Vasco’s main restaurant ni. Macam-macam makanan ada walaupun menu dia biasa2 saja, tapi cukup lah..lagipun free kan haha.

Wifi: ⭐️⭐️⭐️⭐️
Ikut standard tahun 2022 ni, wifi dia slow sebab average dalam 5mbps sahaja.

Pool: ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️
Hilton & Le Meridien sebenarnya sharing facilities termasuk pool, cuma zaman COVID ni terpaksa dipisahkan. Cuma Hilton side takde tempat cetek untuk kanak-kanak, tapi yang bestnya ada air terjun & gelongsor, selain jacuzzi. Tempat duduk pun banyak lagi2 tak ramai guest so memang best la.

Overall Experience: ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️
Terbaik especially bila semua request dipenuhi dan service terbaik kat Executive Lounge.

***Tips:Hilton Honors sekarang ada promosi bonos 2500 points per stay. Kepada member yang belum register promosi ni, sila lah berbuat demikian.Kepada yang belum jadi member, boleh register as member dan register promotion ni.

Layari: hiltonhonors.com/PointsUnlimited/

Penulis: Kaka Crackr
Sumber: Group Hotel Review Malaysia

CutiMana