Search
Search
Review Hotel | Hotel Aloft

Review Hotel | Hotel Aloft

Hotel Aloft, Langkawi

Rate RM314 per night with breakfast booking melalui apps Marriot Bonvoy.

Room: Super King bed, garden view with balcony. View menghadap rumah peranginan kerajaan. Agak sunyi waktu malam tapi okaylah ada privasi.

Location: Pantai Tengah berdekatan Pantai Chenang. Hotel ada sediakan buggy untuk pergi Pantai Tengah. Untuk ke Chenang dekat tapi perlukan kereta.

Check in: 3pm onwards tapi dalam apps Marriot boleh request early check in. Check in 2pm tanpa caj. Deposit RM200 during check in. Check in smooth je, staf super friendly and helpful. Time tu bilik tak ready lagi tapi staf assist untuk dapatkan juga bilik. Staf Aloft memang terbaik sebab semuanya sangat friendly.

Parking senang, bilik sangat luas, katil sangat besar, selesa dan tinggi, bilik air pun tersangatlah luas rasa nak tidur je dalam tu. Almari punyalah besar tak tahu nak isi apa. TV teramat besar, sofa bed pun besar. Balcony luas ada beanbag tapi bila buka sliding door automatik aircond bilik off. Jimat tenaga agaknya. Lobby dan foyer pun open air je tanpa aircond.

Breakfast buffet super berbaloi banyak gila pilihan makanan. Boleh dine depan pool. Pool dia okay je untuk santai-santai berjemur. Kalau petang boleh nampak sunset. Dekat pool tu juga ada gym dan playroom untuk anak.

Overall puas hati stay 3h2m dekat sini. Menyesal tak sambung lagi 2 malam ūüė¨

Penulis: Salmie Shokordey
Sumber: Group Hotel Review Malaysia

CutiMana