Search
Search
Review Hotel | HardRock Hotel

Review Hotel | HardRock Hotel

ROCK ROYALTY PRIVILEGE HARDROCK HOTEL PENANG❗❗🎵🎶🎼

✅Hotel : Hard Rock Penang

✅Check in/out : 4hb~6hb Mac 2022 (3H2M)

✅Price : RM550/N (Promotion Price)

✅Room Type : SeaView Suite (Package come with “Rock Royalty Privilege ” apa tu rock royalty privilege rujuk bawah bagi penerangan)

✅Booking With : Agent – Muhammad Akif Shoid

*Baru berkesempatan nak review sebab habis cuti memang jadual pack sangat. Huh

✅Check In/out: 5⭐/5⭐
Kami check in agak lewat juga pada 4/3 (Jumaat) dalam pukul 5pm macamtu tapi alhamdulilah semua urusan dipermudahkan termasuklah parking kereta. Masa check in kami pun tak jangka layanan untuk pakej bilik SeaView Suite ni termasuk dalam package “Rock Royalty Privilege” dimana layanan memang tiptop mcm VIP karpet merah bak hang.😚😚 Apa yang aku maksudkan VIP tu adalah masa check in dekat kaunter utama bawah di lobby tu nanti akan ada one of their Guest Service Agent akan personally guide korang untuk check in dekat bahagian level khas yang dikenali sebagai Rock Royalty Privilege tersebut di tingkat 6 dan kena pergi naik atas. (Korang boleh tengok gmbar dan video bertapa classic dan cantiknya tempat check in bagi pakej yg kami ambil ni) so dekat sini korang dah start hari korang dekat hotel ni dengan moment dan something yang special gitu.🤭🤭 Semasa proses check in tu aku nak bagi credit dekat staff diorang yang guide kami masa tu nama dia “Bee” pendapat aku layanan dia memang superb. Penjelasan, penerangan yang padat sangat simple dan very good personality.! Bagus diorang treat staff diorg untuk bagi layanan dekat customer sebab terasa selesa dan tak kekok bila di tempat orang apatah lagi mewah gitu yela selalunya bila pergi tempat mewah sikit mesti macam ada rasa pelikan apatah lagi mcm level2 kita yang marhaen ni selalu rasa mcm dua dunia yang berbeza.😩😫

✅Room: 5⭐/5⭐
So bila dah masuk bilik, kami sempat la jugak buat review dan tak dijangka memang elegant, simple, cantik dan kemas biliknya. Yang menarik part ni toilet dia memang selesa sebab besar berserta dengan tab mandi ditambah lagi balkoni yang disediakan set meja tea untuk korang santai dengan menikmati pandangan seaview dan pool yang sangat indah dimata dan tenang dihati wehh (kalau tak caya tengok la gambar yang aku sertakan juga tu, waktu sunset scenery dia memang cantik habis).😮😲

✅Breakfast 5⭐/5⭐
(Disediakan afternoon Tea & Evening Cocktails untuk pakej rock royalty) Berkenaan dengan breakfast pula pendapat aku unik sikit la sebab bila kita ambil pakej Rock Royalty ni, kita boleh buat pilihan untuk breakfast samada nak breakfast dekat level Rock Royalty yang cantik tu atau dekat lobby bawah. So bagi aku terangkan apa perbezaan antara dua ni sebab dua2 kategori breakfast ni aku sempat cuba pada hari yang berlainan sebab ambil pakej 3H2M kan. Untuk breakfast kali pertama, kami telah pilih untuk pergi breakfast di Rock Royalty tersebut dimana dekat dalam ni breakfast adalah khas bagi mereka yang ambil pakej VIP tersebut sahaja which is tak ramai orang dan sangat tenang bila nak makan sebab tak ada que untuk ambil makanan lagi2 musim pandemik ni. Bagi penyediaan makanan pula ianya bukan berkonsepkan buffet sebab setiap menu untuk breakfast mesti di pesan dari meja hidangan masing2 dan diorang akan hantar selepas hidangan yang dipesan tu siap disediakan (Senang kata breakfast di Rock Royalty level ni dia “lebih kepada kualiti berbanding kuantiti” dan hidangan yang disediakan tu memang sedap dan menarik pastu korang tak perlu risau sebab korang boleh repeat je order banyak mana korang nak hah.)😝😜 Untuk breakfast kali kedua, kami pilih untuk pergi dekat bahagian lobby bawah dimana tempat breakfast ni adalah breakfast yang terbuka untuk semua penginapan yang check in dihotel ni. Dekat sini, dia jadi ramai sikit sebab terbuka kan so kena beratur sikit la tapi tak apa sebab arrangement hotel ni bagus semua jadi cepat dan chill2 sahaja. Breakfast di tingkat bawah ni secara biasanya guna konsep buffet la dan apa yang membezakan dengan Rock Royalty tersebut adalah banyak pilihan menu dan dikategorikan sebagai “lebih kepada kuantiti berbanding kualiti walaupun kualitinya sama sedap”. So tak ada yang less lahh gitu.😋😋
Pakej yang kami ambil ni termasuk dengan Afternoon Tea & Evening Cocktails di Rock Royalty tersebut juga. Untuk makluman korang, dia punya tea time dan evening cocktails pun mewah dan memang menarik sebab banyak pilihan walaupun dikategorikan sebagai minum petang sahaja, cara ambil pesanan pun sama dengan konsep breakfastnya which is kena ambil pesanan dan diorang akan hntar ke meja korang. Jangan risau kalau korang rasa tak cukup, korang buat je pesanan lagi nanti dia hantar yang baru hehe, puas wehhh. Haha boleh cakap kenyang makan je datang bercuti 3H2M dekat sini. 🤫🤭

✅Aktiviti: 5⭐/5⭐
Dekat hotel ni pendapat aku aktiviti dia memang best contohnya bila ada family anak kecil memang happening sikit la sebab swimming pool dia friendly kids. Safety pun bagus juga sebab lifeguard ada standby dekat every angle jugak dan tak lupa memang easy access to Pantai dan kalau nak mandi pantai pun best sebab kawasan dan airnya pun bersih sangat.😉🙃Pada waktu malam pulak tempat ni memang akan meriah sebab akan ada slot live band pada tiap malam kami disini. Untuk live band ada pilihan sama ada dekat lobby hotel tu atau pun Hard Rock Café jugak dan kami dah try dua2 which is memang layan perasaan la terutamanya sesuai bagi orang yang macam aku jenis cepat stress dengan duniawi tambah dengan kos sara hidup mencanak sekarang kihkih.😅🥵

#penang#batuferinggi#hardrockcafepenang#hardrockcafe#hardrockcafemalaysia

Penulis: Ijam Mnm’s
Sumber: Group Hotel Review Malaysia

CutiMana