Search
Search
Review Hotel | Hallmark Crown Hotel

Review Hotel | Hallmark Crown Hotel

πŸ“Œ 4-Star hotel (based on Booking dot com)
πŸ“Œ 3D2N stay (16-18 Dec 21)
πŸ“ŒRM 373 + RM42 taxes & charges
πŸ“Œ1 room/2 pax

Assalamualaikum & salam sejahtera. Berdasarkan review di app, hotel ini merupakan hotel budget & usianya pun dah lama. Tapi saya pilih sebab nak buat review sambil merasai semua hotel kat Melaka. Sebab Melaka ni banyak sangat hotel πŸ˜‚
Faktor lokasi dan tujuan saya ke Melaka turut mempengaruhi pemilihan. Saya menghadiri majlis wedding selama 2 hari. Maka kebanyakan masa tiada di hotel. Purpose of stay hanyalah untuk tidur, berehat & bersiap ke majlis.

🟒 Lokasi ❀️❀️❀️❀️❀️
Hotel Hallmark Crown ini terletak di Jalan Parameswara di tengah-tengah bandar. Bersebelahan dengan Sek Men Infant Jesus. Mudah dicari.

🟒 Environment ❀️❀️❀️❀️❀️
Walaupun terletak di kawasan yang sibuk, tetapi kedudukannya di jalan sehala menjadikan ia kurang sesak. Is berjiran dengan beberapa hotel budget yg lain seperti MidCity Hotel, Time Hotel dan Hotel Rosa Malacca (next time nak stay sini sebab dia kecik tapi lawa). In case travel ramai-ramai tapi bilik tak cukup, still boleh duduk dekat-dekat walaupun hotel berlainan.

🟒 1ST Impression β€οΈπŸ–€πŸ–€πŸ–€πŸ–€

Hotel ni ada 2 block. Block depan & block belakang. Reception di block depan. So lepas urusan check-in, kena keluar menapak ke block belakang. Mcm duduk asrama la lebih kurang.1st time tengok memang takde apa yang menarik. Saya pula sampai pukul 2 pagi. Landscaping memang tiada langsung mungkin kerana ruang itu dimanfaatkan untuk guest parking. Tapi tiada rasa seram sebab situ kawasan terbuka tengah bandar. Means, kalau sorang-sorang pun dijamin tak creepy.

🟒 Parking bay β€οΈβ€οΈβ€οΈβ€οΈπŸ–€
Parking banyak juga tapi semua penuh. Maklumlah cuti sekolah. Tapi mujur kebetulan ada staff yg bertugas malam nampak kami baru sampai & dia suruh park tepi laluan keluar masuk mereka. Terasa kehadiran dihargai πŸ₯° terima kasih

🟒 Checkin/Checkout β€οΈβ€οΈπŸ–€πŸ–€πŸ–€
Hotel ini mengambil deposit RM50. Wajah reception sewaktu check-in agak ketat dan tak mesra. Mengantuk agaknya. Staff memahami pelanggan ❌Pelanggan memahami staff βœ…Check-in agak lama juga. Kena fill in some forms.

🟒 Bilik β€οΈβ€οΈβ€οΈπŸ–€πŸ–€
Melangkah masuk ke bilik ini ibarat kembali ke era 80-an.Keluasan bilik ngam-ngam. Ada ruang untuk bentang sejadah. Mujur area depan bath luas sikit so boleh letak ironing board & beg besar disitu. Bilik secara overall bersih. Ada wardrobe/almari yg mirip perabot tahun 80-an but still serve its purpose. Tilam sedap & selesa. Tapi bantal dia montok sikit. Pastu ada 1 je tapi agak selesa.Senang cerita, hotel ni ibarat rumah atok nenek kita. Barang-barang mostly dah lama, dah tua, dah antik tapi masih elok untuk digunakan. Bilik air kelihatannya ada dibuat facelift. Ada shower. Toilet selesa, ada hose untuk toilet. Keluasan bilik air yg selesa. Ada ventilation window yg brings in fresh air from outside. Saya rasa selesa dengan bilik airnya.Bilik saya di blok belakang. Lif ada 2 so memang laju je naik bilik. Salah satu sebab saya suka hotel kecil ialah, tak suka dgn volume guest yg terlalu ramai di hotel besar sampai kena menunggu turn nak naik lift.


BASIC AMENITIES πŸ‘‡πŸΌ
Bathroom amenities βœ”οΈ
Hairdryer βœ”οΈ
Safe box βœ”οΈ
Mini bar βœ”οΈ
Iron + ironboard βœ”οΈ
Drinking water βœ”οΈ
Room service βœ”οΈ (scan QR for menu)
Disposable slipper ❌
Sewing kit ❌
PERLU IMPROVEMENT πŸ‘‡πŸΌ
– kebersihan headboard
– kebersihan langsir

🟒 Breakfast ❀️❀️❀️❀️❀️
Sedap sangat ke breakfast spread dia sampai bagi 5 bintang? Takpun. Just benda biasa je. Mi goreng, roti, cereal, nasi lemak & bubur. Tu je pun. Walaupun breakfast spread biasa je tapi rasa makanan ok.
Saya bagi 5❀️ sebab puas hati dengan layanan staff yang peramah & warm serta kerusi meja yang mencukupi.
There’s one chinese lady yang jaga main course station tu peramah & sama-sama tengok saya ambik gambar makanan dia. I feel so welcomed πŸ₯°Hotel ini juga menyediakan cutlery & utensils plastik untuk kanak-kanak.
Bagi saya ini seperti menyatakan ‘enjoy your meal, kids!’ – memang ada vibes rumah atok & nenek.

🟒 KESIMPULAN ❀️❀️❀️❀️❀️
Saya rasa puas hati menginap disini πŸ₯°Seperti yang dinyatakan di awal review ini, purpose of stay ialah menghadiri occasion. Bermakna, 2/3 masa saya berada di luar. Justeru, hotel ini telah memenuhi keperluan trip saya.Jika anda datang ke bandar Melaka untuk tujuan outdoor, hotel ini recommended. Sebab dia murah, simple n no frills. Tak perlu validate ticket parking dan sebagainya. Boleh jalan kaki je ke nearest spot of attractions.
————————–
In a nutshell πŸ‘‡πŸΌ
Rundown hotel βœ…
Old, budget hotel βœ…
Instagrammable ❌
Glamour ❌
Have-have ❌
Value for money βœ…
No frills βœ…
Friendly βœ…

Penulis: Rara Ghaz
Sumber: Group Hotel Review Malaysia

CutiMana