Search
Search
Review Hotel | Double Tree KL

Review Hotel | Double Tree KL

Hotel Double Tree Kuala Lumpur (DTKL).

Penginapan hujung minggu staycation bulan Mac 2021.

Melalui semakan sudah banyak post menceritakan berkenaan Double Tree Kuala Lumpur terutama kondisi dan kualiti bilik serta persekitaran.

Saya ingin membuat sedikit kelainan bagi DTKL.Hotel ini adalah di bawah kelolaan Hilton. Terletak di Jalan Ampang berdekatan dengan KLCC dan Stesen LRT.

Apabila check-in diminta pilih tiga (3) waktu bagi sarapan pagi. Saya memilih kumpulan waktu 2 dari 745am-915am. Berikut merupakan review saya bagi pengalaman sarapan pagi di Hotel DTKL.

Restoren terletak di tingkat 11. Ada 6 lif kesemuanya berkelajuan laju. Weekend ada ramai tetamu maka kena turun awal untuk sarapan. Tiba di pintu masuk kelihatan warna gelap brownish restoren menyambut anda. Penggunaan warna agak eligent disamping nampak cozy dan mengurangkan kenampakan tetamu yang ramai. Disebabkan saya membawa anak kecil bersama dan kami datang awal, kami ditempatkan di sudut istimewa berhadapan dengan seksyen nasi lemak/bubur.

Makanan adalah secara buffet tetapi setiap seksyen ada pembantu yang tolong mengambilkan makanan. Anda dipisahkan dengan tali penghadang agar tidak mengambil sendiri. Seleksi makanan adalah pelbagai. Boleh rujuk gambar yang saya kongsikan bersama.

Gambar makanan #1: Beef strip, chicken sausage, saute mushroom, hash brown dan baked beans. Sedap belako.

Gambar makanan #2: Chee chung fun. Susah nak dapat di hotel untuk sarapan pagi. CCF standard tanpa inti. Rasa ok sebab saya hantu yong tau foo juga.

Gambar makanan #3: telur omelette. Moist, bahan rencah semua dicampur dan agak tebal berbanding omelette hotel lain. Sedap dimakan begitu sahaja tanpa sos.
Gambar makanan #4: Salad campur. Banyak pilihan sayur lain tetapi saya hanya ambil tomato, capsicum, jagung dan chicken slice sahaja. Yang bestnya ada honey balsamic vinegar. Pilihan lebih sihat dan lebih sedap dimakan bersama salad.
Nyum2…… kena cuba.

Gambar makanan #5: Bubur, chinese style. Rasa ok dengan bahan-bahan yang mencukupi untuk bubur cina. Saya lebih gemar bubur lambuk.
Gambar minuman: Kami minum air jus oren dan mangga (tiada dalam gambar) beserta kopi o dan teh tarik. Kopi sini kaaaaaawwww. Sebagai peminat kopi boleh dikatakan ini brew kopi o hotel terbaik pernah saya minum. Lupa tanya apa jenama DTKL gunakan. Teh tarik sini pun sedap tetapi isteri saya buat lagi sedap. Kena ada rasa pahit sedikit pada teh baru mantap.

Overall dengan bayaran satu malam kurang daripada RM250. Hotel DTKL merupakan destinasi antara terbaik dalam konteks buffet breakfast.

Will i come again? Absolutely.

Penulis: Faizul Zaidin
Sumber: Group Hotel Review Malaysia

CutiMana