Search
Search
Review Hotel | De Rhu Resort

Review Hotel | De Rhu Resort

3 hari 2 malam
(17 Feb 2022 – 19 Feb 2022)

De Rhu Beach Resort di Pantai Balok, Kuantan. Saya booking melalui agent Suriany Wan. Booking awal sebulan. Siapa nak booking boleh pm akak ni ye. Review ikhlas hati ni bukan dibayar tau πŸ˜„

Saya request bilik seaview include breakfast for two dengan harga RM230 per night.

🟒 Parking banyak. Boleh park kereta dekat luar atau dalam pagar.

🟒 Sampai kat lobi hotel 2.30pm. Check in sangat smooth tak sampai 5 minit. Request two single bed dorang cakap bilik dah ready. Lepas check in terus kuar cari makanan perut lapar pukul 3.15 masuk bilik.

🟒 Dapat bilik no 156 dengan pemandangan laut dan kolam. Sangat cantik. Bahaya bagi yang ada anak kecik sebab bangun tido mesti dorang selak langsir duk mengarut nak main playground, mandi kolam πŸ˜‚

🟒 Toiletries lengkap, ada iron dan iron board disediakan dalam bilik, ada peti ais, ada kettle, air mineral, gula dan sebagainya.

🟒 Breakfast banyak pilihan menu. Malam pulak order makanan dekat coffee cafe bawah. 1 jam jugak tunggu tapi staff baik sangat dia suruh saya balik bilik nanti dorang hantarkan. Takdan sampai dekat bilik, staff dorang kejar bagi makanan sambil cakap sorry. Baik betul. Order kuey teow goreng & nasi goreng kampung banyak betul portion dia. Sedap jugak!

🟒 Laluan untuk pergi ke kolam renang dan pantai sangat dekat. Hotel yang sangat friendly bagi yang bawak orang tua dan anak2 kecik. Disediakan lift jugak.

🟒 Kolam yang sangat luas. Orang ramai pun kite boleh mandi dekat tempat lain. Normal baharu yang penting sila jaga SOP.

Saya rate 9 🌟 dari 10 🌟. Kurang 1 🌟 sebab hotel ni tak sound proof. Orang kentut depan bilik pun sebiji boleh dengar. Malam-malam dengar orang heret perabot tapi lepas pukul 12 dah tak ada bunyi tu so bukan hantu laa itu manusia hahaha 🀣

Yang pasti kami akan repeat lagi lepas ni. Happy holiday πŸ₯°

Penulis: Wan Fatin
Sumber:Β Group Hotel Review Malaysia

CutiMana