Copthorne Hotel, Brinchang, Cameron Highlands
22hb-23hb Januari 2022
Betui2 punya otak seminit. Plan asalnya nak keluar lunch ja, sudahnya sesat sampai CH. Mujoq ada spare bag kecemasan dalam kereta, so rodong jaa~
Harga :
RM218 (1 malam) dapat Superior Deluxe room tanpa breakfast (Booking last minit dekat Agoda + claim available offer yang ada). No. deposit. Sangat berbaloi dengan pengalaman yang kami dapat.
Check in:
Proses check in ambil masa tak sampai 5 minit pun. Sangat smooth. Dan sy nak beri pujian khusus kepada staff receptionist yang bertugas pada 22hb Januari 2022, jam 9.30 malam kerana memberi kad akses bilik secara percuma kerana saya dengan cuai telah tercicir kad berkenaan.
Bilik :
Alhamdulillah, walaupun last minit dan dapat tingkat 13 (paling atas), kami dapat mountain view yang overlook Kea Farm market. Bilik bersih, ada TV dengan channel asas, ada kipas in case cuaca tak cukup sejuk dan balcony dgn view pagi yang superb subhanallah (lihat pic). Ada tub mandi lagi untuk yang suka berendam air panas kat tempat sejuk. Kebersihan toilet boleh dipuji. Serba serbi selesa.
Swimming pool: Unreviewed
Ada indoor swimming pool kat tingkat 5, tapi tengok memang ramai yang pergi dan muka semua puas, so saya assume Ok kot. Tak sempat nak pi sebab last minit punya plan naik pun.
Hahah..
Parking:
Parking disediakan di B1-B3. Parking unlimited. Bebas parking di mana saja. Disebabkan kebanyakan tempat adalah within walking distance, so memang kereta tak bergerak pun sepanjang stay.
Alhamdulillah short stay, tapi memang sangat puas hati. Dapat rehat yang cukup dan selesa, tempat yang cantik dan nyaman. Oh ya, jangan lupa try in-house steamboat package (harga RM35/pax min 2 pax), sangat sedap dan berbaloi dengan persekitaran yang umphh & kemudahan yang baik. Staff2 semua terbaik, sangat2 memudahkan urusan.
Bonus : dapat lihat sea of mist view (untuk customer yang dapat balkoni).
Penulis: Muhammad Afiq Ziekry
Sumber: Group Hotel Review Malaysia