Short vacay #perak
Kali ni saya #jjcmperak ke Teluk Senangin. 2h1m di Chalet Casa Impiana, Teluk Senangin.
Perjalanan dari Rawang – Teluk Senangin lebih kurang 3jam lebih termasuk berhenti rehat sekejap. Minyak rm200 (ada baki balik Rawang)
Tol RM50
Booking direct chalet.
Chalet RM160 (non sea view) untuk dua katil queen bed. Bilik biasa² sahaja. Tapi boleh lah untuk 1 malam. Terpaksa ambil juga sebab semua dah full.
Towel tidak disediakan. Tapi boleh minta. Malam agak sejuk, nak selesa kena bawa selimut sendri yang lebih tebal. Almari tidak disediakan untuk bilik ini. Mungkin bilik besar ada.
Kedai makan pun banyak area chalet (makan pagi, malam)
Yang best kat sini ialah chalet sangat dekat dengan pantai. Tak banyak untuk di review cuma saya jalan² cuci mata sahaja
Persisir pantai terdapat banyak kulit kerang so kena hati² sikit pada yang ada anak kecil.
Penulis: Cik Watie Razzania
Sumber: Group Hotel Review Malaysia