Search
Search
Review Hotel | Casa Bonita Heritage City

Review Hotel | Casa Bonita Heritage City

Hi..
Terima kasih izinkan saya share pengalaman di Casa Bonita Heritage City Melaka.

Stay : 31/12/2021-1/1/2022 ( malam new year)
Personal rate ⭐⭐⭐

Adik ipar booking melalui Agoda total termasuk tax RM1, 477.14 untuk 3 bilik 1 malam sahaja. Setiap bilik 2 katil queen. Harga termasuk breakfast 4 orang. Kanak 12 tahun ke bawah rm8 sahaja. Kami semua ditingkat 4 sehingga saya diberi pindah ke tingkat 5 sbb aircond problem. Compressor rosak. Asalnya ok. Tapi mcm makin panas. Tiada remote aircond diberi. Panel tepi dinding pun rosak tak boleh tekan apa-apa.

Bilik sekali pandang bersih selesa. Ruang yg besar. Boleh masuk lagi satu katil queen depan katil kami. Bilik air tigkat 4 sekali pandang bersih. Tapi bila guna dah mula nampak sana daki. Sini daki. Bilik air tingkat 5 pulak semacam bau hancing atau dari outlet pipe tak pasti. Mungkin sebab bilik kami di tingkat 5 bilik spare untuk emergency pindah mcm kami. So tak berapa jaga sangat. Daki di celah2 tandas & dinding lagi banyak.

Ada disediakan iron, air panas & sejuk dicoridor. Staff response sangat cepat attend complaint. Operator call pun sangat cepat respon. Makan tak banyak pilihan breakfast. Nasi lemak, lauk-lauk, buah, roti puding, sosej, roti bakar butter & sekaya. Yg lain deco atas meja je penuhkan ruang. Sedap standard hotel. Tapi hotel dekat depan kedai-kedai mkn lain. Parking pun senang. Kalau bukan disebabkan family saya ditingkat 4 diganggu 👻 & caj tersembunyi. Saya boleh bagi 4 bintang. Anak saya umur 5 tahun tak nak masuk bilik sebaik pintu dibuka. Menangis-nangis tutup mata. Sehingga kami bacakan ayat Kursi. Senyap. Nak masuk bilik air nangis lagi. Mujur pindah. Tingkat 5 ok. Selamat. Tidur nyenyak. Tapi saudara saya yang ada anak kecil ditingkat 4 pulak diganggu dengan macam-macam bunyi bising macam diketuk-ketuk. Aircond yang kejap hidup & mati secara tiba-tiba berkali. Entah la. Saya anggap itu mungkin timer. Bila checkout tanya kaunter jika ada apa-apa repair tengah malam, kaunter kata “tingkat 4 memang selalu ada gangguan bising malam-malam” 😅
🤦 jujur betul

Masa checkout kami dicaj RM6 untuk heritage tax (cukai warisan) . Tax tak dimasuk dalam bil . Perlu dibayar tunai. Sepanjang pengalaman saya menginap di hotel2 lain di melaka, rasanya tak pernah kena lagi caj ni. Polisi baru semua hotel melaka atau disini saja? Tapi staff hotel ni sangat bagus. Bilik sangat selesa. Boleh nampak. Bunga api dari tingkap bilik. Ada pool. Tp kami tak sempat pergi. Masalah cuma tepi katil Ada lampu tidur yang bulb nya terdedah. Agak bahaya pada kanak-kanak suka pegang kalau kami tak perasan.
Harap pihak hotel improve kebersihan tandas dan pilihan makanan.

Penulis: Xienz Intan
Sumber: Group Hotel Review Malaysia

CutiMana