Search
Search
Review Hotel | Best Western i-City

Review Hotel | Best Western i-City

HOTEL 3 BINTANG, EXPERIENCE 5 BINTANG ❤️

Best Western i-City, Shah Alam

Check In: 15/1/2022
Check Out: 16/1/2022

Booking:
Agoda

Rate: RM225 (varied by date and room type – Paid RM238.76 including tax)

Room Type: Deluxe Room
Free 2x Breakfast & 2x Waterpark Entrance

Alkisahnya, dah 2 tahun sebelum PKP anak cakap nak pergi main salji, tapi tak kesampaian. Ini kali kasi jadilah. Nampak ramai yang buat review hotel ni okay dan mudah kalau ada anak² kecil. Memang banyak aktiviti boleh dibuat dekat sini, cuma sediakan ongkosnya jela. Sebab mostly rides/attraction dekat sini pakai style e-token, i-Point gitu lah, nak mudah download je app i-City SuperApp, topup kredit dan scan bila nak masuk/main permainan. Siang tu kami pergi Snowalk, malam jalan² tengok lampu², sebelum balik layan anak² mandi dekat Waterpark. 😍😎😊

Booking proses ⭐⭐⭐⭐
-Mulanya PM di official FB page hotel untuk tanya pasal booking, admin reply dan minta call call front desk for further enquiries. Call front desk, katanya masih ada bilik kosong, saya cakap nanti saya cek di website dulu (sebab nak survey² apa pakej dan jenis bilik yang ada), cuba book melalui website, tapi bila nak bayar dapat error, “error processing your credit card”. 😌
-Dah dua tiga kali buat untuk kad berlainan pun sama, akhirnya buka Agoda, survey dan booking melalui Agoda je.
-Sekarang (Januari) ada promo complimentary Waterpark ticket for free on any room booked, boleh call front desk/refer to FB page for further enquiries.

Check In/Check Out/Front Desk ⭐⭐⭐⭐⭐
-Check In (2pm): Proses senang, cepat dan berjalan lancar. Tak perlu menunggu lama pun. Bagi booking details/IC (upon requested), payment, dapat access card, siap.
-Kalau ada nak add on untuk breakfast dan any special request, boleh tanya dekat front desk.
-Untuk complimentary Waterpark ticket pun boleh redeem di sini, nanti dia kreditkan dalam app.

Check out (12pm):
Cuma perlu pulangkan access card dan validate parking. Setel.

Parking ⭐⭐⭐⭐⭐
-Parking banyak, depan hotel ada, parking bertingkat pun ada.
– Free for guest. Cuma perlu validate setiap kali nak keluar naik kereta dari area hotel.
-UPDATE: Oh ye, hari tu kami park di Level 1, kononnya nak turun ikut lift ke lobi, tapi pintu di lift ditutup musim PKP ni, jadi kenalah turun melalui susur parking tu sampai ke Ground Floor. Ada ternampak pengunjung lain turun melalui jalan yang sama. Jadinya, kalau nak lebih mudah, park di depan hotel, atau cari level bawah² sahaja. 😅

Bilik ⭐⭐⭐⭐⭐
-Beli bilik jenis Deluxe, tapi masa check in dapat free upgrade to suite. 😍🤩
-Bilik luas, nak kata luasnya tu macam boleh bentang toto besar bawah tu, boleh bawa lagi satu family bercuti sekali. Huhu. 🤣
-Bilik bersih. Katil empuk.
-Ada almari, sekali dengan 2 bathrobes, hangers, peti keselamatan, iron board. Iron kena request rasanya.
-Dalam bilik suite ada minibar, microwave, keetle, mini fridge.
-Disediakan sekali air minuman 2 botol, uncang teh Lipton, paket Nescafe 3 in 1, gula, creamer, gelas, cawan, sudu teh.
-Ada TV dengan 15 channels as listed.
-Meja make up/membaca, ada guest directory for extra information.
-Satu kerusi tangan dan meja bulat kecil.
-Telefon dan alarm clock.
-Arah kiblat.
-Aircond sejuk, cuma lambat sikit nak rasa sejuknya sebab bilik besar kot. Haha. 😅
-View bilik menghadap ke arah i-City, cantiklah bila waktu malam berlampu. Bila pagi anak saya yang setahun setengah bangun tengok luar cakap, “lampu takda”. 🤣

Bilik air ⭐⭐⭐⭐⭐
-Luas, bersih.
-Provided with basic amenities: 2x dental kit, shaving kit, vanity kit, sabun mandi, syampu, losyen, 2x towels, tuala untuk alas kaki, hairdryer, adjustable face mirror.
-Water flow semua ok, no issue, takda sumbat/air bertakung.

Lift ⭐⭐⭐⭐
-Ada 2 lift untuk guest, 1 lif Bomba.
-Lift tak besar pun, dalam lift boleh masuk 4 orang (as per SOP, marked with tape).
-Waktu peak hour (time check out) memang kena tunggu sebab ramai orang.

Wifi ⭐⭐⭐⭐⭐
– Husband bawa laptop untuk buat kerja, dia cakap “not bad”.

Access nearby ⭐⭐⭐⭐⭐
-Semuanya boleh di akses dengan berjalan kaki dalam 5 minit ke 10 minit sahaja jaraknya berjalan kaki.
-Depan hotel dah sampai blok kawasan Trick Art Museum, House of Horror.
-Jalan depan sikit dah sampai ke Itsy Bitsy (kids playground area), City of Digital Lights. Dekat area sini juga ada KK, 7-Eleven, KFC, Subway, Maybank. Kedai lain pun ada, tapi weekend banyak tak buka.
-Jalan depan sikit turun ke bawah dah sampai Snowalk, Waterworld.
-Ada lift untuk turun ke bawah kalau tak nak jalan kaki.

Breakfast ⭐⭐⭐⭐⭐
– Waktu untuk sarapan pagi bermula pukul 6.30am – 10.30am, cafe di tingkat 5.
-Ada indoor dan outdoor seatings. Kami pilih untuk duduk makan di luar. Open air.
-Pilihan makanan banyak sangat²! 😍😎🤩
-Makanan tak pernah kosong, always on refill kalau habis.
-Variety dari jenis makanan Melayu dan Western. Ada nasi lemak, mihun goreng, lontong, pancake, sosej, fruits and salad station, flee flow drinks; coffee and tea, air epal, oren, plain water, cereals, bubur, bakeries, roti canai, omellete, mee sup.
-So far semua yang kami makan sedap² je, ada yang tak rasa pun sebab terlalu banyak sangat choices. Memang rambang mata, kenyang perut. 😎👍🏼

Staff ⭐⭐⭐⭐⭐
-Staff memang sangat helpful dan peramah, baik daripada entrance guard, front desk sampai ke dining area.
-Pagi hari kedua tengah tengok TV, tiba² TV terpadam, call front desk, katanya dia akan assist untuk hantar maintenance team untuk cek, tapi sebab dah nak check out dah, just inform lagi sekali masa check out je.

❓Swimming pool: Tak pasti ada ke tak, dan tak tanya pun sebab aktiviti yang dirancang pun dah cukup banyak. Hehe.

❌ Kalau ada benda nak complaint pun cuma bantal dia je, tak best, nipis sangat, walapun dah lapik dua. 🤣

💯 Overall, semuanya okay dan baik² sahaja. Not much to complaint, almost nothing la. Setelah hampir 2 tahun tak bercuti check in hotel sekeluarga, memang berbaloilah our short vacay kali ni. 🏨🏖

✅✅ Will repeat? Sure. Boleh ajak family members yang lain.

Sekian, my honest and complete review. Thank you admin sudi approve, and thanks everyone yang sudi baca. 🤗😘

Penulis: Nur Fariha Zulkifli
Sumber: Group Hotel Review Malaysia

CutiMana