Search
Search
Review Hotel | Berjaya Hills Golf & Country Club

Review Hotel | Berjaya Hills Golf & Country Club

Harga : RM306 .. Booking under Agoda untuk 2 malam sekali 2 orang breakfast.. Sebab booking dalam masa 24 jam sale dapat diskaun RM54 so jadilah RM306 sahaja.. Tanpa Deposit

Parking : Free 🚗⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️
Check in : Smooth jerr .. tiada deposit diperlukan
Bilik : Deluxe Suite King Room ⭐️
Toilet : Luas & Banyak Lumut dalam Mangkuk tandas dan pintu rosak 🌟

Food : Breakfast macam duduk hostel chef tu yang letakkan makanan kat kita – takut kita ambil lebih la tu – No Star Dinner – Saya order Ala-Carte untuk malam terakhir sebelum check out esok.Saya order Nasi Goreng Cina tiba-tiba chef tegur meja belakang saya how about my food..Lepas tu kawan dia cakap delicious sangat pedahal nasi tawar je ( No Star)

Pool : Besar & berlumut sangat (No Star)

Lokasi : Bentong pahang atas sikit daripada Genting Highland, make sure bawak laa bekalan makanan ringan untuk kudap-kudap waktu malam di bilik, Dah sampai guard rupanya ingat hotel dekat tapi 25 minit lagi naik bukit untuk ke Hotel tersebut

Staff : Bodoh & tak guna (Maaf jika bahasa saya kasar) Bagi bilik tv rosak, telefon tak ada, cermin bilik air tak ada, pintu bilik air rosak, luggage rate tak ada,make up room saya inform pagi balik petang kul 230pm masih belum kemas lagi. Housekeeping lebih sanggup kemas bilik sebelah kami yang tak ada orang dari makeup bilik kami. Tuala bau busuk (Bila housekeping lambat makeup minta tukar bilik sebab saya dah penat berjalan & perlukan rehat..

⭐️ – Bintang ni atas sebab minta tolong booking dinner malam ni.
View – Cantik sebab depan PoolView ⭐️⭐️⭐️

Pintu Bilik – Masih Menggunakan kunci lagi (Old School) Nak pergi bilik view menyeramkan. Bagi saya ni adalah pertama kali saya check in hotel yang sangat teruk tapi maybe pengalaman itu mengajar kita supaya jangan lihat luaran di website cantik tapi bila pergi sangat menyedihkan

Info : Untuk yang datang day trip ke sini bayaran akan dikenakan sebelum masuk ke sini .. kalau tak silap RM14 untuk dewasa, RM7 untuk kanak-kanak .. bagi yang menginap disini tak perlu bayaran hanya tunjuk booking hotel 👌

Penulis: Acak East
Sumber: Group Hotel Review Malaysia

CutiMana