Search
Search
Review Hotel | Arena Boutique Hotel

Review Hotel | Arena Boutique Hotel

Arena Boutique Hotel, Kuala Terengganu, Terengganu

Jenis Bilik:
Deluxe King

Harga:
RM268 untuk 2 malam (after minus RM6, Agoda VIP)

Tarikh Menginap:
22-24/1/2021 (3H2M)

Booking:
Agoda apps

CHECK-IN🚪
Check-in official pukul 3 petang tapi kami check-in around 3.30 petang. Terdapat ramai pelanggan dengan 2 kaunter. Kad bilik diberi 1 keping tiada wifi password diberi dan tiada kad poket untuk memasukkan kad sepertimana kebiasaan. Maybe disebabkan kami pernah menginap di hotel ini hujung bulan Disember 2021.

DEPOSIT💰 RM50

PARKING🚘
Parking untuk penginap hotel terletak di belakang hotel. Ramai pelanggan diberi penerangan kerana ianya tidak kelihatan memandangkan hotel terletak di jalan utama. Boleh juga parking tepi jalan tetapi ianya limited dan caj tepi jalan adalah 30 sen untuk setengah jam dan parking bermula pukul 8 pagi sehingga 6 petang kecuali hari cuti. Jarak parking kat belakang dengan hotel about 50-100 meter. So saya bagi rating 7.8.

LOKASI🏙
Sangat strategik berada di bandar Kuala Terengganu. Banyak bank sangat dekat seperti Bank Islam, Maybank, RHB, Bank Muamalat. Saya sempat renew kad di dua bank berlainan akibat hampir tamat tempoh dan kad patah pada hari Ahad dengan berjalan kaki. Untuk ke Pasar Payang (2km/6 minit), Nasi Dagang Tol 3 (4km/9 minit), Batu Burok (4km/9 minit), Keropok Losong (2km/6 minit), Airport (11km/18 minit), Warung Pok Nong (18km/28 minit). Rating 8.5 rasanya sangat sesuai.

BILIK🛏
Bilik sangat selesa. Katil King size luas especially untuk 2 orang. Standard 4 bantal. Ada 1 kerusi termasuk 1 kat meja tulis. Bilik kami tiada tingkap but tak terasa terkurung macam sesetengah hotel yang pernah kami menginap tempat lain. Bilik mandi jenis shower (tiada bath tub, of course bagi harga yang dibayar). Mandian jenis yang besar dilekat di dinding bukan jenis yang biasa kecil-kecil. I prefer jenis yang besar. Last day mandi ngam-ngam. Perlu perihatin untuk tambah. Yang bagus sini, tv preloaded dengan Netflix so yang ada akaun boleh guna dan make sure logout ya sebab penginap sebelum ini lupa daftar keluar. Memang smooth tengok kecuali malam hari kedua tak boleh masuk. Call receptionist diaorang cakap bilik penuh so wifi slow. Bilik ni tak ada almari untuk gantung or simpan pakaian, jenis open dan ada dua hanger. Pagi masa keluar ada letak sign board kat luar bilik minta kemas bilik, then bila balik tengok belum kemas then call diaorang cakap bilik dikemas after 3 or 4pm. Then bila keluar again petang call receptionist minta suruh kemas bilik then balik malam tu settle. Tak sure hotel lain normally kul berapa diaorang kemas bilik. Yang ni saya bagi rating 8.3.

BREAKFAST🍱
Hotel ni tidak sediakan breakfast but jangan risau ada restaurant sebelah hotel, Plan A. Makanan bagi kami sedap dan harga berpatutan, you all should try nasi goreng kampung, air limau kasturi dan juga jelly kelapa. So saya bagi rating untuk Plan A, 8.4.

CHECK OUT🚪
Waktu check out official 12pm. Just checkout tanpa perlu tunggu housekeeping. Kami checkout lebih kurang kul 12pm. Sangat smooth especially tiada pelanggan lain. Just bagi kad bilik dan borang deposit dan sign. Less than 2 minit.

OVERALL❤️
Puas hati dengan hotel ni, saya bagi secara keseluruhan rating 8.2 berbaloi dengan harga. Kedudukan sangat strategik dalam bandar dan terdapat restaurant bersebelahan. Staff yang ramah dan tak silap hotel ni adalah baru.

Penulis: Kamal Wahidz
Sumber: Group Hotel Review Malaysia

CutiMana