Review Stay February 2022
VOUK HOTEL & SUITES
Taraf hotel 4
Mungkin dah ada review tempat ni. Review sy mungkin berbeza dari segi harga, jenis bilik, hiasan dalaman dan pandangan bilik.
LOKASI : Antara deretan bangunan tinggi di kawasan Elite. Hotel ini terletak di Jalan Sultan Ahmad Shah, Georgtown, Pulau Pinang. Berdekatan dengan Persiaran Gurney.
Selamat Datang ke VOUK HOTEL & SUITES PENANG.
TARIKH & HARGA : 22 FEB 2022, 1 night.
Platform tempahan Airasia.com RM130++*.
DEPOSIT : Daftar masuk selesa. Deposit kepada sy tidak diambil*.
JENIS BILIK : Tempahan bilik Deluxe Double, City View. Termasuk sarapan 2 orang.
REVIEW : Berjalan ke tangga masuk lobi, terlihat tulisan nama VOUK HOTEL SUITES yang gah besar diatas, mengalukan kedatangan tetamu.
Melangkah masuk pintu lobi terlihat lampu candilier berbunga emas besar di siling atas, juga di tengah bawah lobi, yg menarik perhatian. Bagai suasana berada di Thai atau Viet. Menarik. Seni hiasan lobi juga seakan dekorasi sentuhan seni Thai atau Viet, Asean.
Staff pendaftaran begitu mesra. Daftar masuk jam 3 petang. Oleh kerana kedatangan awal jam 2 petang, saya diminta duduk rehat dahulu, sementara bilik siap dikemas. Boleh lah rehat menunggu disofa, sambil minum hilangkan dahaga dengan minuman yang di sediakan. Selepas 30min, sapaan staff diruang menunggu lobi, akan diberikan 2 kad akses untuk bilik. Penerangan yang jelas dari staff tersebut. Terima Kasih.
Bilik OK simple dengan dekorasi perabot kayu berwarna gelap, dikombinasikan dgn warna cerah bahagian kemasan dilantai. Menarik dekorasi bingkai ditengah ats katil, membangkitkan lagi seri suasana bilik.
Bilik dilengkapi dgn Wifi, kerusi, meja, peti keselamatan, almari gantungan baju, papan/seterika, TV, pengering rambut, peti sejuk, air botol minuman, mug, teh, kopi dan gula.
Bilik air suites yang bersih. Bilik air dilengkapi juga pancuran air panas dan sejuk. Tekanan pancuran air mandi panas yang laju, tetapi air panas susah dikawal, terlalu panas. Set amenities juga disediakan secara percuma, jadi tidak perlu risau jika terlupa bawa. Dua tuala mandi yang bersih disediakan.
Kolam renang roof top dan gym di aras R30. Tuala tidak disediakan. Sambil berehat santai di kerusi sandar yg disediakan. Enjoy dan relax. Cantik suasana permandangan laut dan bandar dari aras tertinggi hotel ini. Begitu Wow.
Sarapan di C’est Si Bon Restaurant, diaras 2. Serve set ala carte. Menu boleh pilih mengikut citarasa. Rasa makanan biasa sahaja, hash brown dan sosej agak berminyak. Minuman kopi saja sedap. Nak refill kali kedua dah habis pulak. Staff pula tiada apabila masa perlukan bantuan, rasa hampa. Haha menyesal pula. Harap dapat tingkatkan lagi mutu makanan dan juga perkhidmatan hotel berkelas 4 bintang.
Kemudahan lif juga memuaskan tidak menunggu masa yang lama. Untuk ke roof top pool aras R, sila menaiki lif yang dikhaskan berasingan. Berdekatan dengan Persiaran Gurney dan pusat membeli belah terkenal antaranya Gurney Plaza dan The Paragon Mall. Boleh juga menjamu selesa di Medan Gurney, menikmati Laksa, Pasembor dll.
Kenapa sy memilih hotel ini? Mencuba merasai pengalaman dan perkhidmatan disini.
Overall 3/5
Recommended* bagi penginapan utk semua.
Terima Kasih.
#rewardyourselfnuatz#noirmail#voukhotel
Penulis: Mohd Anwar Ismail Nuatz
Sumber: Group Hotel Review Malaysia