Search
Search
Review Hotel | One World Hotel

Review Hotel | One World Hotel

One World Hotel Petaling Jaya

Room Type :
Junior Suite Room

No :
1024

Date :
27-29 October
Kebetulan saya menghadiri business trip dan conference di hotel ini.

Check in : ⭐⭐⭐⭐⭐
Bellman yang mesra, begitu juga receptionist. Cepat, cekap dan pantas. Ada pilihan untuk meletakkan deposit atau sebaliknya. Memandangkan bilik telah dibayar sepenuhnya, saya tidak meletakkan deposit.

Bilik : ⭐⭐⭐⭐
Suite ok. Kerusi yang selesa. Bilik air yang sederhana luas dan lengkap segalanya cuma reka bentuk agak lama.

✅ Boleh memilih masa untuk menikmati evening tea di antara jam 3 hingga jam 7pm.
✅ Gratis untuk cucian pakaian bagi 3 helai.
✅ Evening turndown services.

Cuma tilam dan bantalnya biasa-biasa saja. Agak kurang empuk. Namun katil king size memang luas.Bilik ini juga kekurangan cermin dan mungkin boleh ditambah.

Fitness & Health Center : ⭐⭐⭐⭐⭐
✅ Gym Clark Hatch sangat besar dan pelbagai mesin beroperasi dengan baik. Dilengkapi dengan 2 unit sauna di setiap bilik persalinan. 2 kolam renang turut dalam keadaan yang baik.

Breakfast : ⭐⭐⭐
Sarapan di Cinnamon tempat yang luas. Rasa makanan yang ok cuma pilihan yang sangat terhad termasuk hanya 1 jus 😞

Lunch/ Hi Tea/ Dinner : ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️
Menepati status lima bintang.

Convention Centre & Ballroom : ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️


✅ Kemudahan dan perkhidmatan yang sempurna.
**********
✅ One World Hotel bersambung dengan Shopping Mall 1Utama, antara mall terbesar di Malaysia dan Asia Tenggara.

8.6/10 from Agoda
8.9/10 from Booking.com
9.0/10 from Hotels.com

Penulis: Mohd Zulkifli Hashim
Sumber: Group Hotel Review Malaysia

CutiMana