HARD ROCK HOTEL PENANG – LAGOON DELUXE
Check-in : 18 Jan 2022
Check-out : 20 Jan 2022
Price : Rm1056++ (3D2N + breakfast)
Room type : Lagoon Deluxe -Pool access
Rating : 9.5/10
BOOKING (9/10)
– Booking awal bulan November2021 online direct website http://penang.hardrockhotels.net/
– Dalam web dapat harga RM 1056 all in. Tapi masa check in ada bayar extra RM50 . Tak tahu la apa. Mungkin masuk tahun baru 2022 harga semua naik.
CHECK IN (10/10)
– Check in pukul 3pm. Tapi bilik siap awal pukul 2pm. Rezeki.
– Bayar cash, tak perlu depo.
– Request bilik wings sebelah spa sbb pool luas, view cantik, privacy skit. Kalau pool depan water slide tu terhad sikit.
PARKING (10/10)
– Parking banyak disediakan dalam gate hotel. Tapi kalau guest ramai, sampai luar gate jugak la. Rezeki kitorang depan parking dekat je dengan lobi sebelum masuk gate, guard akan check suhu.
BILIK (9/10)
– Bilik OK tapi nampak kecik sikit sebab perabut besar. Cuma x best lampu dia romantik sangat . Tak puas mata nak mandang
– Amenities semua complete. Kelainan ada coffee maker cik abang idamkan.
BILIK AIR (9/10)
– Bilik air kecik sikit. Shower, amenities semua complete. Cuma cermin kiri kanan (boleh buka), tak ada cermin kat tengah sinki. Nak basuh muka/berus gigi kena teleng kepala
VIEW (10/10)
– View SUPERB ! Memang TERBAIK
– Ada kawasan ala ala pantai berpasir. So tak perlu keluar pantai dah.
RESTORAN (10/10)
– Menu sangat banyak pilihan. Breakfast lain dari yang biasa. Compare Grand Lexis PD, makanan biasa2 je. Tp Hard Rock ni breakfast memang superb
– Menu dinner pun banyak sedap2. Lagi banyak dari Hard Rock Cafe
– Breakfast mereka akan serve apa yang kita nak
POOL (10/10)
– Pool jangan cakap la. Buka slinding door, boleh terjun. Tp dalam amat. 1.4m. Untuk orang2 comel macam kami ni, paras bibir (155cm)
– Sepanjang hari ada music. Dalam pool pun ada music.
– Ada 3 special pool
pool dewasa sepanjang hotel (1.4m dlm)
pool berpasir pantai, boleh main bola jaring (1.3m dlm kot)
pool budak2 ada dlm yg berbeza. Kawasan pasir & water slide
– Water park dia mmg seronok bagi anak2.
– Banyak kerusi malas disediakan Tak tahu nama kerusi apa
– Kena pakai swimming attire
– Towel mandi boleh ambil kat booth dia
– Tak perlu booking
– Ada lifeguard setiap penjuru
– Pelampung boleh sewa
πβ STAFF & SERVICES (10/10)
– Mana mana pun layanan high class sungguh sampai kite rasa tak selesa sebab dah banyak kena layanan sampah bak kata cik abang
PANTAI (9/10)
– Luas, bersih & ada banyak aktiviti berbayar disediakn.
– Ada tempat rehat disediakan (kawasan redup).
– Ada kuda juga.
– Tp disebabkan pantai panas, kitorg lagi suka pantai hotel
HARD ROCK CAFE (9/10)
– 1st time masuk. Menu tak berapa banyak. Tapi ok la. Sekadar merasa pengalaman. Band tak ada. Weekend je ada. So kitorang makan simple2 je. Bila sampai hotel, tegok menu hotel , lagi banyak. Adehh
– Service terbaik
HARD ROCK SHOP (9/10)
– Banyak baju design cantik2 tapi size cik abang tak ada. Sebab owner kata awal tahun banyak habis . Ramai orang borong cuti akhir tahun. So stock baru ada bulan 3 / 4 macamtu
– Service boss terbaik
KEBERSIHAN (10/10)
– Sentiasa ada yang menyapu, mengemop kat lobi. Memang bersih
– Kawasan pool pun ada cleaner kutip daun2, dalam pool pun.
– Tiap malam akan tabur serbuk chlorine pool. Haa..ni terkejut sikit, tengah lepak malam2 depan bilik, tiba-tiba dia muncul minta izin lalu depan untuk tabur chlorine sepanjang kolam. So no wonder kolam nampak sentiasa clear
OVERALL (9.5/10)
– Disebabkan cik abang jarang dapat bercuti, so bagi kami ni lah hotel yang SUPER terbaik kami tak cerewet sangst sebab dah biasa dengan perkara biasa
– Banyak lagi kemudahan & entertainment pihak hotel sediakan. Tapi kami tak sempat terjah sebab sibuk main kolam depan bilik
– Ada club untuk anak anak beraktiviti
– Ada club untuk teens (gitar, pool snooker, table football, etc)
– Ada gym juga
– Ada Shack bar tengah pool nampak wow tapi tak boleh datang beli
Penulis:Β Nazdratul Fatin Ashari
Sumber:Β Group Hotel Review Malaysia